Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 7, 2015

Takiyuddin masih tidak belajar dari yang lepas?

Ibarat graduan kembali ke sekolah, Amanah tolak idea 2 pakatan pembangkang 
OLEH KC NAZARI
Published: 6 December 2015 3:33 PM
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad (kanan), berkata idea 2 gabungan pembangkang sudah dipraktikkan pada tahun 1990 tetapi gagal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Disember, 2015.

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak idea 2 gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengarah komunikasinya, Khalid Samad.

Katanya, idea itu yang pernah digunakan pada tahun 90-an dahulu tidak perlu lagi digunakan pada masa kini.
"Buat apa lagi kita hendak ada 2 gabungan pembangkang kalau kita sudah ada Pakatan Harapan?
"Ia ibarat kita sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi," kata Khalid pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, yang dilaporkan The Malay Mail Online mencadangkan 2 gabungan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990.
"Satu-satunya cara adalah dengan PAS berada bersama kami (Pakatan Harapan) atau kita adakan perjanjian pilihan raya dengan PAS," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.
Sementara itu, mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menaikkan had umur pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selama 2 penggal, daripada 65 tahun kepada 69 tahun, Khalid menganggapnya petanda beliau takut kehilangan kuasa.
"Mesej utama di sini adalah Najib khuatir sokongannya hanya terdapat di kalangan orang lama, dan dia hendak kekalkan sokongan di kalangan orang lama untuk pengaruh dan kuasa.
"Bagi kami, ia petanda baik perubahan yang sedang berlaku, dan kemungkinan kehakisan sokongan yang berlaku terhadap beliau," kata Khalid.
Pada Oktober, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mencadangkan perkara sama di Selangor, ketika menegaskan pendirian parti Islam itu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.
Katanya, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, kerajaan negeri itu boleh ditadbir 2 gabungan pembangkang serentak, mengambil contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 di Kelantan pada 1990.
"Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2 pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan," katanya.
Bagaimanapun, cadangan itu dilaporkan ditolak Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, yang meminta PAS melupakan nostalgia parti itu masih wujud dalam Pakatan Rakyat (PR). – 6 Disember, 2015.

4 comments:

  1. Tidak percaya DAP dan GHB amanah. GHB amanah adalah yang paling tidak diharapkan.

    ReplyDelete
  2. Saya ingin bertanya kepada PKR?.
    1. Jika kita mengikut idea PAS -- apakah yang akan menjadi manifesto dan point utama kempen nanti? i.e. PKR di dalam PH akan berkata -- kita semua rakyat Malaysia mesti bersatu padu, menentang kezaliman. PAS & PKR pula akan berkata -- kita semua Melayu Islam mesti bersatu menentang penguasaan bangsa Cina.

    2. Jika anda juga keliru seperti saya; soalan ke-2 saya adalah bilakah masa yang paling sesuai untuk PKR untuk firm up. Sekarang? 2017 atau pun selepas pilihanraya?

    Saban hari, perasaan geram Rakyat kepada Najib dan UMNO membuak-buak. Najib dan UMNO tak serik-serik membuat perkara yang membangkitkan kemarahan rakyat. Soalannya, adakah PKR memberi jawapan kepada harapan rakyat?

    ReplyDelete
  3. lebih baik ambil calon umno anti najib dari ambil calon pas.

    mahathir lawan haji hadi. terbaik!

    ReplyDelete
  4. Dah terbukti dalam PRU 13 Pas bertanding tiga penjuru di Parliamen Labuan, 3 DUN di Terengganu, 1 DUN di Johor, 1 DUN di Selangor dan 1 DUN di Pulau Pinang yangmana kerusi2 tersebut ditandingi oleh PKR. Masih lagi ke PKR nak berkongsi dengan PAS, seriklah sikit! Ingat...jangan dipatuk ular di lubang yang sama sebanyak 2 kali...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa