Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 11, 2016

Bukan apa, aku hanya tertarik kat rantai leher dia jer!

PAS akui perjuangan UMNO – Nazri Aziz
Posted on 04/06/2016
PAS yang menonjolkan budaya Melayu dalam muktamar di Kota Bharu yang berakhir semalam didakwa kini mengikut jejak langkah Umno.

“Kalau mereka melakukan begitu maknanya PAS menyokong apa yang selama ini Umno katakan, iaitu kita memperjuangkan bangsa kita tetapi pada masa sama kita perjuangkan semua rakyat Malaysia,” kata Datuk Seri Nazri Aziz dipetik Malaysiakini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ditemui media di Sungai Besar hari ini.

Menurut Nazri formula Umno dan BN sudah terbukti berjaya selama hampir 60 tahun, sebab itu katanya PAS dan pembangkang lain meniru Umno serta BN - sumber

# gaya cakap dia sepanjang yang aku ingat, dia ni masih anti PAS!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa