'13 penumpang, beg berisi pakaian, ruang kargo jadi tempat minyak'
mk - Hari ini, 5:02 petang
Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor menempelak Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kerana terus mendedahkan mengenai perjalanan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi kerajaan ke Istanbul, Turki dengan kali ini, berkongsi videonya.
Ahli Parlimen Pandan itu pada sidang akhbarnya mempersoalkan jumlah pegawai yang mengiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan itu serta kandungan beg yang dibawa.
Menjawab soalan itu, Rizal menjelaskan bahawa jet peribadi yang disewa khas itu membawa 13 penumpang beserta tujuh anak kapal.
“Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya isteri perdana menteri seorang.
“Adakah semua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing?" soal Rizal dalam satu
kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Rafizi, beliau tidak pasti bilangan beg yang dibawa itu dan menyoal mengapa ia idak diletakkan di kawasan bagasi yang ditetapkan tetapi terpaksa diangkut sendiri ke dalam pesawat berkenaan.
Beliau juga secara sinis menyoal apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar.
Menjawab pertanyaan itu, Rizal memulangkan paku buah keras dengan berkata beliau akan memberi penjelasan ikhlas dalam bahasa Melayu yang mudah serta beranggapan pemimpin PKR itu tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif.
“YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan.
“Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh,” katanya.
Menurut Rizal, memandangkan perjalanan ke Istanbul itu adalah penerbangan jarak jauh, maka sudah tentu semua 13 penumpang dan anak kapal itu perlu menukar pakaian masing-masing.
“Sebab itu dibawa 'hand-carry' beg. Begitu juga makanan daripada sendiri dibawa atas pesawat.
“Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan PERMATA Seni yang diundang membuat persembahan di sana,” katanya sambil menambah ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil.
Beliau mengakhiri kenyataannya dengan meminta sekiranya Rafizi mempunyai sebarang pertanyaan, supaya menghantarnya melalui aplikasi WhatsApp atau di Facebook.
“Berapa kali sidang akhbar lagi dia nak buat? Takat nak tanya soalan macam itu boleh Wassap gua aje bro ataupun tag gua kat Facebook,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa