Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 5, 2016

Cerita jumpa Datuk Zaid semalam2

Kenapa PAS berubah watak?

Tiba-tiba sedondon dan berpelukan
Adakah PAS sudah lama menaruh rindu atau terpaksa?

Walau pun desas desus UG dihebahkan, tetapi tidak ada suatu pun terbukti dengan fakta yang boleh diterima pakai sehinggalah Hadi dan Najib berada di satu pentas dengan kenakan pakaian sedondon.

Dari situlah segala langkah dan tingkah masing-masing menjadi perhatian. Dan yang menjadi nyatanya ialah bila kenyataan demi kenyataan dari PAS dan UMNO yang menjurus ke arah itu. Namun begitu masing-masing masih malu-malu kucing.


Di dalam bab ini nampaknya PAS yang lebih 'daring' apabila pada Muktamar Pemudanya di serlahkan dengan pakaian Melayu dan menjulang keris. Watak berjubah dan serban diganti dengan pakaian panglima melayu dan serban digantikan dengan tanjak. 

Adakah ini dilakukan dengan bersahaja atau kerana suatu desakan setelah menteri BN mencadangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di bentang di Parlimen dan sokongannya juga datang dari MP BN. Tanda terima kasih atau apa?

Tapi pada kami (aku dan Zaid) selagi Hadi/PAS tidak menarik balik Amanat Hadi di Banggol Peradong dan memohon maaf, maka PAS masih belum ikhlas terhadap jalinan persahabat yang cuba dieratkan oleh kedua-dua belah pihak

Adakah UMNO terlepas cakap atau kerana servival politiknya yang kian merudum terutama di Pantai Timur?

PAS juga terdesak kerana masih belum pulih dari kejutan yang direncanakan sendiri ekoran perpecahan dalam Muktamar yang lalu?

Sebenarnya kedua-dua PAS dan UMNO terdesak

UMNO terdesak dek pencemaran identitinya kerana mempertahankan Najib yang dibelit dengan macam-macam skandel dari ScorpeneAltantuya1MDB dan RM2.6b yang penyelesaiannya masih kelabu asap. UMNO perlukan tongkat. Setidak-tidaknya PAS berlembut dan tidak menyalahkan Najib dan UMNO berterusan.

Walau pun BN cemerlang di Sarawak dalam PRN baru-baru ini. Hakikatnya bukan imej BN yang mencanak tetapi sebenar Imej Adanan Satem yang masih tidak tercalar di mata rakyat.

PAS juga berada di kedudukan serupa bila berlaku krisis kepimpinan sehingga berlaku perpecahan apabila pemimpin-pemimpin profesionalnya di tolak di dalam Muktamar yang lalu dengan perencangan yang licik bertopengkan Pimpinan Ulamak. 

Kepincangan ini bermula bila berlaku perbalahan PAS-DAP sehingga berantakannya Pakatan Rakyat dan tertubuhnya Pakatan Harapan. PAS pula membentuk blok ketiga bersama parti Ikatan yang kekuatannya tidak seberapa dan tidak popular.

Setelah golongan profesional ditolak di dalam Muktamar itu, mereka dicabar dan dihalau pula dengan angkuhnya. Maka tertubuhlah Amanah.

Impak dari itu hakikatnya PAS goyang. Kepercayaan rakyat merudum bila auta dan belit menjadi satu kebiasaan menangkis kecaman. 

Bila PAS berbalah dengan DAP, PAS kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dan sokongan dari Melayu juga kian meruncing, maka PAS perlu buat sesuatu untuk menarik undi Melayu. Jadi mereka terpaksalah berlakun menjadi Melayu dari Arab!

Satu pertanyaan dari Datuk Zaid "Adakah PAS diberi dan menerima 'dedak'?"

Pertanyaan ini aku tidak dapat menjawabnya kerana tidak ada bukti yang nyata kecuali beberapa perlantikan di dalam badan dibawah penyeliaan kerajaan.

Jawapan yang tidak terang dari Zaid "I feel........." Dan aku hanya melopongkan mulut

Walau apa pun perkara 'dedak' tidak mustahil di zaman semunya 'boleh jadi' pada tak kira yang berjubah mau pun yang bertelanjang!

Jadi pertanyaan itu masing-masing tidak memberi apa-apa jawapan kecuali 'senyum'
Korang tilik dan nilailah sendiri........

Wallahu aklam......

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa