Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 6, 2016

Kenapa hang selalu jer ketinggalan bas?

Monday, 6 June 2016
SALLEH, MENTERI YANG SERING TERTINGGAL BAS

Menjadi seorang menteri seharusnya membuatkan seseorang itu lebih ke depan dan banyak tahu berbanding orang lain, lebih-lebih lagi jika peranan dan tanggungjawabnya berkaitan soal komunikasi dan multimedia serta agensi berita seperti Bernama dan RTM berada dalam genggamannya.

Tetapi nampaknya semua kelebihan itu tidak dimiliki oleh Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang semua orang tahu  sebab apa dia dilantik menjadi anggota kabinet - bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan mengampu dan membodek di sebalik serangan terbuka Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak.

Agaknya jika Tun Mahathir terus menyokong Najib sehingga hari ini, Salleh langsung tiada ruang untuk menonjolkan diri.

Dalam serangan terbaru Salleh kepada Tun Mahathir, sesuai dengan upah jawatan dalam kabinet yang sudah dihadiahkan kepadanya, tidak terlihat beliau sebagai seorang menteri yang betul-betul meletakkan maklumat dalam genggamannya.

Seumpama tidak berbeza dengan politikus taraf kampungan, Salleh seperti masih "ketinggalan bas", lopong maklumat dan membuat cabaran yang tidak relevan.

Semua orang tentunya kehairanan apabila Salleh mencabar Tun Mahathir untuk mengulangi dakwaan berkaitan 1MDB dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sudah disahkan akan disertai oleh bekas Perdana Menteri itu

Apa relevannya cabaran itu? Bukankah sudah banyak kali Tun Mahathir menyebut mengenai bala 1MDB yang disebabkan oleh Najib selama ini?

Isunya ialah bukan sama ada Tun Mahathir akan terus mengulangi dakwaan yang sudah beberapa kali sudah disebutnya, tetapi yang lebih dinanti-nanti apakah respon Najib terhadap dakwaan-dakwaan itu?

Adakah jika Tun Mahathir berani mengulangi lagi dakwaan berkaitan 1MDB terhadap Najib dalam kempen pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti, maka Najib akan segera menyaman bekas Perdana Menteri itu?

Kiranya Salleh sekadar berani mencabar Tun Mahathir, tetapi tidak berani memaksa Najib untuk mengambil tindakan saman, apa gunanya cabaran beliau itu?

Lagi pun, seperti yang Salleh sendiri perkatakan, Tun Mahathir tidak pernah menarik balik dakwaan atau memohon maaf kepada Najib berhubung dakwaan berkaitan 1MDB yang dibuatnya sebelum ini, lalu untuk apa dicabar untuk diulangi?

Saman sajalah berdasarkan dakwaan-dakwaan lama itu?

Andainya Tun Mahathir membuat dakwaan tidak benar, Salleh seharusnya juga berani mendesak Najib menyaman WSJ kerana media antarabangsa itu sudah banyak kali membuat dakwaan yang bukan saja tidak mampu dinafikan oleh Najib, malah juga oleh menteri-menteri yang lain.

Dalam serangannya yang "sekadar ada"  kepada Tun Mahathir, Salleh juga menempelak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kerana didakwanya mengelak untuk bercakap berkenaan isu tandatangan palsu dalam Deklarasi Rakyat yang kini sedang dalam siasatan pihak polis.

Inilah yang dinamakan penonjolan paling ketara menteri "ketinggalan bas" dan ditinggalkan oleh ledakan maklumat, sedangkan Tun Mahathir sudah menjawab isu berkenaan sejak semalam lagi.

Jika Salleh belum membaca jawapan Tun Mahathir sepertimana yang disiarkan Sinar Harian, diperturunkan sebahagian intipatinya yang berbunyi, "Saya tahu ada usaha untuk menipu, ada yang tandatangan satu, ada tandatangan lima hingga enam yang  guna kad pengenalan sama.

"Semua itu kita sudah buang dan hampir 300,000 borang yang terlibat dengan penipuan dan perkara itu dilakukan secara terancang dan kita tahu ada orang yang rancang," katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, Kamaruddin Jaafar juga turut memberi penjelasannya yang mengatakan pihaknya tidak berurusan atau mengenali orang yang didakwa membeli atau menjual senarai nama-nama tersebut.

Kalau Tun Mahathir dan Kamaruddin Jaafar sudah memberi penjelasan, apa isunya lagi atau Salleh memang benar-benar sedang memalukan dirinya dari segi kepantasan maklumat yang tak terkejar olehnya.

Bah, bah....jangan kasi malu orang Sabah bahhh....(SH 06/06/2016) - sumber

# Jenis yang bodoh tidak tahu dirinya bodoh?

1 comment:

  1. Amat malang bg rakyat pnya menteri yg standard hanya pemakan dedak..bikinmalu urang sabah bah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa