Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 6, 2016

PAS benarkan tapi Hadi.......

Perlembagaan PAS Fasal 15, Benarkan Ahli Keluar Parti..

Namun...

Ucapan penggulungan muktamar yang disampaikan oleh Tuang Presideng jelas menzahirkan kebimbangan besar Hj Hadi dan barisan pimpinan PAS pada fenomena penghijrahan ahli2 PAS ke parti2 lain seperti Amanah, PKR dan DAP.

Begitu terdesaknya Hj Hadi dan pimpinan PAS akan fenomena yang berpotensi meminggirkan PAS, sehingga mereka terpaksa mengeluarkan fatwa dusta yang menyamakan istiqamah didalam PAS sebagai "istiqamah didalam Islam". Ianya secara tidak langsung, membenarkan dan mengiyakan bahawa PAS sedang mengalami kemerosotan ahli2  sehingga ia telah menyebabkan barisan pimpinan PAS  meroyan siang malam..

Melihatkan perkara itu, maka amat jelaslah kepada umum kenapa Hj Hadi dan pimpinan2 PAS yang dipilih melalui "Chai" begitu geram, marah dan berdendam kesumat kepada Mat Sabu dan rakan2nya.

Barisan pimpinan PAS terutamanya Hj Hadi berasa amat marah dan ego mereka tercalar apabila ramai juga ahli2 PAS yang mengikuti MAT Sabu daripada menuruti kata2 pak2 lebai yang menggelar diri mereka "ulamak2".

Hj Hadi dan pimpinan PAS "chai" menyangka bahawa hanya sebilangan kecil (setakat puluhan) sahaja ahli2 PAS yang akan mengikuti tindakan Mat Sabu dan rakan keluar dari PAS (setelah di halau, di hina dan dinista).

Tetapi, alangkah terkejut beruknya puak2 ulamak apabila ratusan ribu ahli2 PAS keluar parti yang majoritinya golongan professional..

Dengan ego mereka sebagai ulamak tercalar serta malu dengan tindakan gopoh dan kurang cerdik mereka yang mengambil tindakan tanpa berfikiran jauh, Hj hadi dan pimpinan "chai" PAS akhirnya berpatah arang dengan Amanah dan meletakkan Amanah sebagi musuh utama PAS melebihi UMNO yang merupakan parti perkauman dan sekular yang telah sekian lama menzalimi PAS dan ahli2nya.

Kemarahan PAS kepada Mat Sabu, rakan2nya dan Amanah bukanlah disebabkan pengkhianatan ataupun pembelotan jauh sekali dari penyelewengan aqidah tetapi hanyalah dendam kesumat golongan ulamak PAS yang mempergunakan parti sebagai alat melempiaskan nafsu amarah serta dendam mereka.

Apabila nafsu sudah menguasai diri maka 'ulamak2" itu telah mengorbankan akhlak, nilai2 moral dan ajaran7 sebenar Islam demi memuaskan hati mereka yang penuh dengan nafsu amarah dan dendam. Maka, segala kata2 keji digunakan dan segala pendustaan dihalalkan..

1 comment:

  1. Hj Hadi selalu gunakan ugama untuk faedah dirinya sendiri, bukan sangat kerana PAS. Apa yang Hj hadi amat bimbang dan takut ialah apabila sedikit demi sedikit ahli PAS akan mulai meragui keberkesanannya sebagai pemimpin. Dalam tempoh waktu, Hj Hadi banyak berdaleh-daleh dalam isu agama. Lihat saja Amanat Hadi, muafakat dalam Barisan Rakyat (bersama Semangat 46), kemudian dalam PR dan sekarang bersama Ikatan. Ada pula ura-ura supaya berbaik dengan UMNO.
    Kalau kita lihat kata-katanya dalam Amanat Hadi, sepatutnya Hj Hadi kekal dengan pendirian itu. mana boleh dia lupa apa yang dia kata. Lagipun ini soal hukum Islam, ia tidak boleh berubah-ubah. Hj Hadi sekarang menyamakan berada dalam PAs sperti berada dalam Islam. Maka dikeluarkan fatwa keluar dari PAs adalah berdosa kerana keluar dari jemaah Islam. betulkah ini, hanya PAS shaja yang jemaah Islam, yang lain tidak. Inilah bahaya pemimpin macam ini. Hanya dia ynag betul orang lain semua salah. Hj Hadilah yang bertanggunjawab kalau PAS semakin kecil dalamk politik Malaysia. Inilah yang dia takut, nanti dia akan dibuang oleh ahlinya sendiri, seperti yang berlaku dulu kepada Datuk Asr Hj Muda.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa