Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 1, 2016

Nik Abduh bohong?

“Pinjaman” kerusi dari Pas satu dusta, kata DAP
01 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
Kenyataan Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di Muktamar Pemuda PAS semalam bahawa DAP mendapat "pinjaman" kerusi daripada Pas dalam pilihanraya lalu adalah satu dusta terhadap DAP.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook berkata mengikut rekod, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara Pas dengan DAP sebelum PRU 13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Justeru itu, soal Pas “meminjamkan” kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali.

"Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh; kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam PRU 13?" soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya juga ingin mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia.

Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU 13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966," katanya.

PAS katanya, berhak dan bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang tetapi untuk menuntut semula “pinjaman” yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh," katanya.

Menurutnya Hujah Nik Abduh yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli-ahli akar umbi Pas kononnya hanya Pas sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Hakikatnya kata beliau ialah Pas juga mendapat kelebihan semasa mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR dan membantu Pas memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh mereka terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat seperti di Perak, Selangor dan Johor.

"Saya juga berasa kesal dengan sikap angkuh Nik Abduh yang tidak mengenang jasa dan peranan yang dimainkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membantu Pas melonjak ke politik arus perdana pasca Gerakan Reformasi 1998.

"Umum diketahui bahawa PAS memenangi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan rakyat yang dicetus oleh kemarahan terhadap kezaliman ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim,"katanya

2 comments:

  1. Ini agamawan pendusta...mcm mana org nk percaya...buat malu islam je..sama je dgn umno ..elik la brrgabung dgn umno..

    ReplyDelete
  2. orng agama bohong sikit2 tak pe...tak jadi masaalah sangat...cuma orang jahil je..yg kena hukum kalau nipu...
    tak gitu uztaz...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa