Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 8, 2016

Orang muda menegur spender tua!

SPENDER DITEGUR....

Kenyataan Media

UNDI AMANAH UNTUK LAWAN RASUAH

1. Kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Dato’ Mustafa Ali bahawa “undi AMANAH adalah undi untuk DAP” amat mengelirukan. Kenyataan ini terpampang di dada akhbar Sinar Harian tempoh hari. Ada beberapa perkara yang Mustafa Ali tidak cermat dalam kenyataannya dan tidak patut keluar dari mulut ahli politik veteran seperti beliau yang membuat rumusan pra-matang terhadap AMANAH yang didakwa tajaan DAP.

2. Saya kesal sebagai ahli politik veteran, Mustafa Ali masih belum memahami bahawa yang dipertarungkan dalam mana-mana pilihan raya ialah perkara substantif tentang apa yang dibawa oleh parti masing-masing. Sampai bila orang lama seperti beliau hendak matang menunjukkan jalan kehadapan kepada generasi muda ahli politik jika beliau hanya ulang tayang sahaja menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri? Tidak adil masalah PAS dan AMANAH dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan PAS yang gagal berubah mengikut keperluan semasa dan gagal memenuhi janji 52 peratus undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. AMANAH tidak lahir dari DAP tetapi ia lahir dari kecelaruan PAS yang menjejaskan kelahiran politik baharu nasional yang dinantikan.

3. Jika sokong AMANAH bererti sokong DAP, maka apa salahnya jika kita kembali kepada isu substantif seperti jika DAP menentang rasuah, jika DAP menentang perkauman sempit, jika DAP berjaya mempraktikkan dasar pemerintahan telus dan berkebajikan dan jika DAP melaksanakan ketelusan, di mana salahnya jika AMANAH bersama dalam hal demikian? Maknanya jika sokong AMANAH dikatakan sokong DAP ia bagus dalam konteks melawan rasuah. Adakah Pengarah Pilihan Raya PAS itu bermaksud demikian atau ia bermaksud secara negatif iaitu jangan sokong AMANAH kerana ia menyokong DAP yang mahu lawan rasuah dan lain-lain? Adakah Mustafa Ali tidak menyokong parti yang mahu lawan rasuah dan melawan parti yang rasuah?

4. Jika ia bukan tentang semua di atas, maka logik Mustafa Ali mungkin berpandukan kepada logik UMNO iaitu naratif perkauman bahawa DAP ialah parti Cina dan AMANAH menyokong agenda Cina-DAP. Saya kurang mahu percaya bahawa itulah kehendak Mustafa Ali tetapi melihatkan naratif PAS hari ini saling tak tumpah naratif UMNO, saya cenderung kepada memahami kenyataan Mustafa Ali hanyalah mengulangi naratif UMNO yang telah pun kita dengar selama ini. Saya mengharapkan perkara baru dari seorang veteran PAS tetapi ternyata PAS kehabisan peluru dan terpaksa memakai peluru UMNO, dan amat malang sekali ia datang dari seorang veteran PAS.

5. Hakikatnya, pertembungan yang sebenar dalam pilihan raya kecil kali ini ialah, AMANAH melawan parti rasuah yang mana presidennya terpalit dengan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion. Kekuatan moral parti itu sudah reput hanya media perdana yang menutup kereputan itu dan parti Mustafa Ali mahukan isu Melayu-Islam jadi jambatan antara PAS dan UMNO lalu menutup isu sebenar berkenaan dengan kerajaan yang gagal dan demokrasi yang tidak berfungsi. AMANAH tidak perlu melawan PAS jika ia komited kepada melawan rasuah, AMANAH hanya melawan UMNO/BN. Pengundi hanya perlu memilih parti mana yang lebih serius melawan rasuah.

6. AMANAH adalah komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP dan PKR. AMANAH mewakili PH, amat mengelirukan apabila Mustafa Ali mengulangi bahawa PKR masih ada hubungan dengan PAS malah mengugut untuk putus hubungan. Hubungan apa? Sama ada PAS bermain mata dengan rakan rasmi AMANAH iaitu PKR atau PAS merasai bahawa blok ke-3-nya dengan IKATAN tidak membawa apa-apa makna.

7. Usaha Mustafa Ali membawa naratif UMNO ke atas AMANAH dalam menentukan sikapnya ke atas hubungan AMANAH-DAP kepada pengundi dua pilihan raya kecil ini membuat saya tertanya-tanya, apakah mengundi PAS pada 18 Jun nanti sama sahaja seperti memberi undi kepada UMNO/BN?

Oleh itu, saya amat meyakini bahawa pertembungan dalam dua pilihan raya kecil ini hakikatnya hanyalah antara BN lwn PH dan bukan PAS lwn AMANAH lwn UMNO seperti yang didakwa Pengarah Pilihan Raya PAS semasa membuat penggulungan di Muktamarnya baru-baru ini.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH

5 Jun 2016

5 comments:

  1. BETUL LA KATA MUSTAPA.....PAN TU BALACI DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu semasa PAS jadi kuda tunggangan dan balaci DAP, mesti seronok sebab banyak masyuuk. Semua program di biayai oleh DAP.

      Delete
    2. Dulu semasa PAS jadi kuda tunggangan dan balaci DAP, mesti seronok sebab banyak masyuuk. Semua program di biayai oleh DAP.

      Delete
    3. Dulu semasa PAS jadi kuda tunggangan dan balaci DAP, mesti seronok sebab banyak masyuuk. Semua program di biayai oleh DAP.

      Delete
  2. di satu masa berwajah hijau.di masa yg lain jadi merah.macam sesumpah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa