Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 6, 2016

Tahniah yang menambah 'bengang' dari Zaid

Tahniah Apandi, andalah ‘The Special One’, kata Zaid

  | June 6, 2016
Zaid juga memohon maaf kerana tidak tahu akan sumbangan Apandi terhadap negara.
zaid-ibrahim-apandi-aliKUALA LUMPUR: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali selepas dinamakan satu-satunya penerima darjah Panglima Mangku Negara (PMN) baru-baru ini, sambil memohon maaf kerana mencadangkan pemecatan beliau.
Dalam kiriman blognya, Zaid berkata beliau mungkin terlalu cepat menilai Apandi, dan menambah pengurniaan anugerah itu selepas hanya 10 bulan menjawat tugas peguam negara merupakan “kejayaan hebat”.
“Kalau ikutkan istilah bola sepak, Apandi akan diberi nama ‘The Special One’ (yang istimewa),” kata Zaid, dan sekali lagi memohon kemaafan kerana jahil tentang sumbangan Apandi terhadap negara.
Zaid berkata beliau tidak tahu akan sumbangan Apandi, mungkin disebabkan urusan kerajaan dianggap “rahsia”.
“Jadi saya tidak seharusnya dipersalahkan kerana terlalu gopoh membuat rumusan Apandi tidak sesuai dilantik sebagai peguam negara,” katanya sinis.
Zaid berkata beliau juga tidak tahu mengenai pertimbangan yang diberikan pejabat istana dan Pejabat Perdana Menteri dalam menganugerahkan darjah sedemikian.
Menurut Zaid, beliau sendiri hanya boleh berbangga dengan pangkat “Datuk” yang diterimanya 15 tahun dulu, itu pun mungkin kerana pernah digelar ketua bahagian Umno satu ketika dulu.
“Saya tidak fikir saya layak menerima apa-apa darjah kebesaran demi rakyat dan negara. Adalah benar saya tidak ada kawan karib berpangkat Tan Sri,” ujarnya.
Terdahulu, berucap pada forum anjuran IDEAS, Zaid menyarankan kuasa pendakwaan peguam negara diasingkan dan diberi kepada pendakwa raya.
Zaid juga berkata sebagai langkah awal bagi menjernihkan keadaan susulan beberapa keputusan Apandi untuk tidak mendakwa tokoh tertentu, Apandi perlu diganti dengan seorang yang lebih bebas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa