Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 6, 2016

Ustaz Ghani jawab dakwaan dari 'orang sakit'

Keluar Pas bukan keluar Islam, tegas Ustaz Ghani
06 Jun 2016 | ARIF ATAN
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (kiri) ketika bersama turut memberi sokongan kepada calon Amanah yang bertanding semalam.

Kepelbagaian parti politik atas nama Islam boleh diterima kerana perjuangan tidak semestinya khusus pada parti berjenama Islam semata-mata, tegas Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Menurutnya, Pas hanya salah satu daripada pelbagai jemaah Muslimin di negara ini dan tidak bererti keluar dari Islam sekiranya meninggalkan parti itu.

"Berlapang dadalah kerana kepelbagaian ini satu perkara sihat selagi jelas tidak lari daripada perjuangan bersekongkol dengan pemerintah zalim," ujarnya ketika ditemui sempena penamaan calon PRK Sungai Besar semalam.

Mengulas lanjut dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini, beliau berkata, kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.

"Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Ulamak termasuk Yusuff Al Qaradhawi pun menegaskan Islam menerima kepelbagaian parti," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).


Ditanya tentang pemilihan Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon bertanding di Parlimen Sungai Besar, beliau berkata, keputusan Amanah meletakkan tokoh usahawan itu lambang perpaduan blok pembangkang melalui Pakatan Harapan.

"Amanah didukungi PKR dan DAP serius untuk mengambil tempat (pemerintahan) dari BN yang terlalu lama berkuasa tapi menyeksa rakyat.

"Lebih menarik apabila kehadiran calon kita lebih 'segar' dan belum ada bebanan tugas lain berbanding calon BN dan Pas.

"Kedua-dua calon dari parti itu sudah cukup tanggungjawab dan tidak perlu dibebankan dengan tugas lain," tambahnya lagi.

Untuk rekod, seramai 42,655 pemilih berdaftar bakal membuang undi pada PRK Sungai Besar, 18 Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa