Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 7, 2016

Takkan DAP nak sokong PAS pulak!

on June 6, 2016
“Apa salahnya DAP sokong Amanah” – Guan Eng
Guan Eng

George Town – DAP menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Parlimen Sungai Besar, Selangor kerana ia rakan sekutu dalam Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kita sokong parti Amanah sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti Amanah.

“Satu tuduhan melulu kalau nak sebut kita ada agenda tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menyokong calon Amanah dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar kerana parti itu mempunyai agenda seperti menghalang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Abdul Hadi berkata tindakan Amanah bertanding dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu hanya memecahkan undi yang sepatutnya diterima calon pembangkang.

Lim berkata DAP dan Amanah mempunyai matlamat dan agenda yang sama iaitu menentang Barisan Nasional (BN).

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, calon PAS diwakili ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun. – sumber

1 comment:

  1. PAS kan dulu dah kata mereka kuat secara bersendirian...so apa bising2 hal DAP ke hal AMANAH ke..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa