Dua PRK: PH Lawan BN Dan Penasihatnya
Posted on Tuesday, June 07 @ 11:38:02 MYT by paktam
Oleh ramziredang
"Dua PRK, sungai besar dan kuala kangsar sangat penting kepada PAS. Kerana ini gambaran sebenar kekuatan PAS untuk pilihanraya umum nanti. Kalau melihat rekod sejarah lampau, ketika sendirian PAS hanya mampu dapat empat kerusi sahaja di negeri yang kuat pengaruh PAS. Itu dulu, ketika dia memang tegar ingin membawa Islam.
Tetapi kali ini berbeza. Berbeza kerana PAS berpusing 180 darjah dari menentang UMNO secara total bertukar kepada menjadi sahabat UMNO. Jadi sejauh mana berkesannya perubahan strategi ini, PRK kali ini sangat penting sebagai gambaran awal.
ceramah perdana pertama di kuala kangsar, yang dihadiri oleh haji hadi sendiri mula menggusarkan PAS. Yang hadir hanya seramai 200 orang. Itu pun mungkin termasuk petugas PAS. Jika keadaan ini menjadi trend sebenar pengundi, tidak mustahil PAS bungkus dan lingkup bila PRU14 nanti.
Menurut kajian lapangan ilham centre, PAS bakal kehilangan lapan ribu undi di sungai besar. Jika lapan ribu undi ini benar berlaku, ke mana pengundi tersebut bertukar arah?
Andaikata PAS dapat sepuluh ribu undi dan Amanah dapat lapan ribu undi (tolak campur samada datang dari UMNO atau pergi kepada UMNO) maka PAS patut bimbang. Andai kata undi yang diperolehi amanah hampir sama banyak dengan PAS, ternyata Amanah akan berjaya menggantikan PAS satu masa nanti.
Hujah Amanah sebagai pemecah undi tidak akan selamanya boleh dicanang oleh PAS. Kerana pengundi memang menunggu option untuk menolak kemungkaran UMNO secara jelas. PAS tidak lagi jelas. Jadi yang tinggal menggundi PAS hanya yang taksub.
Yang membenci UMNO, tetapi ragu untuk menaruh harapan kepada PAS, pasti memilih yang lain dari kedua tersebut. Dalam dunia multimedia, buktinya semakin nyata. Gambar gambar viral di internet betapa mesranya pemimpin PAS dan pemimpin UMNO sekarang.
Blog blog tegar UMNO pun sudah memuji PAS. Strategi sama yang digunakan sekarang adalah, mengutuk DAP. Blog UMNO kutuk DAP, PASpun kutuk DAP.
Nama DAP dan Amanah menjadi zikir harian kepada pemimpin PAS sekarang. Malah di dalam muktamar yang terbaru, Amanah menjadi pujaan nombor satu. Aneh juga parti yang PAS anggap lemah dan tidak akan kekal lama, tetapi sering sahaja disebut sebut oleh PAS.
Mungkin kerana PAS nampak Amanah lemah, jadi PAS ingin menolong memberi promosi percuma kepada Amanah. Satu kesilapan besar yang memang tidak disengajakan oleh PAS.
Tetapi saya rasa, faktor yang paling besar yang akan membawa kekalahan kepada PAS dalam PRK ini adalah, lagak bodoh seseorang yang memegang keris yang sangat panjang, hingga nampak sangat kekok hendak potong kek pulut PAS.
Siapakah punya idea yang ingin membodohkan presiden PAS ini? Sangat memalukan. Ukuran yang terlampau panjang, hinggakan lagak masa memotong kek jadi serba tak kena.
Kalau ikut pandangan saya, ini sebenarnya bukan idea orang sejati PAS, tetapi idea orang UMNO yang berada di dalam PAS. Dengan idea ini, maka berjayalah dia meletak maruah PAS di bawah kaki masyarakat.
Kita merancang, Allah jua merancang, Dan perancangan Allah yang lebih baik

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa