Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 5, 2016

Ubah kerajaan: Bolehkah percaya dan harapkan PAS?

Hanya PH boleh ubah kerajaan bukan Pas, kata Rafizi
05 Jun 2016 | HAZRI NAWAR
Undi Pas atau BN hanya mengukuhkan kedudukan Najib. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh

Memberi kemenangan kepada Pas pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini tidak akan membawa sebarang makna kepada rakyat kerana parti Islam itu tidak mampu menukar kerajaan secara bersendirian.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata jika kemenangan diberikan kepada calon Pakatan Harapan, ia akan memberi isyarat yang kuat kepada kerajaan bahawa Pakatan Harapan boleh merealisasikan hasrat menukar kerajaan itu.

"Pilihan raya kali ini pada saya keputusannya mudah. Sama ada kekal kerajaan BN sedia ada atau untuk tukar dengan kerajan baru Pakatan Harapan.

"Saya tahu ada rakan Pas yang bertanding. Tetapi kemenangan Pas tidak ada kesan kepada kehidupan rakyat atau kebarangkalian tukar kerajaan atau tidak," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini.

Beliau hadir bersama beberapa lagi pimpinan PKR bagi mengiringi calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PRK serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar ini adalah pilihan raya pertama Pakatan Harapan masuk sebagai satu pasukan.

Kelebihan itu katanya akan digunakan sebaik mungkin untuk memenangkan calon Pakatan Harapan daripada Amanah.

"Kempen kali ini bukan satu parti. Kita buat keputsan kita masuk sebagai Pakatan Harapan. Dari segi keputusan, strategi kempen kitaputuskan bersama.

"Konsepnya PKR dan DAP masuk bukan sebagai jentera sokongan tetapi sebagai jentera utama sama seperti Amanah," katanya.

Mengakui mengenali agak rapat dengan keluarga calon, beliau percaya selqin faktor anak tempatan, ketokohan Dr Ahmad Termizi juga akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan kali ini.

"Prof (Ahamad Termizi) sangat aktif dalam bidang kebajikan semasa dalam Ikram. Kalau pengundi Kuala Kangsar pilih beliau maknanya pilih seorang yang ada pengaruh di peringkat pusat dan ini memberi kelebihan terutama bila PH (Pakatan Harapan) memerintah nanti," katanya.

Sementara itu Pakatan Harapan akan berhadapan pertandingan empat penjuru di Kuala Kangsar.

Dr Ahmad Termizi akan ditentang calon BN Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa