Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 2, 2017

Huh....tak pasal-pasal kena balun.....

Syed Saddiq suruh Annuar Musa cermin diri

  | January 2, 2017
Ketua Pemuda PPBM menyatakan sokongannya pada TMJ dan berkata Annuar sebagai bekas pengerusi KAFA perlu menyelesaikan masalah yang sedang melanda persatuan itu.
PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa sepatutnya cermin diri terlebih dulu sebelum mempertikaikan pentadbiran Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata Annuar yang juga bekas pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu menyelesaikan masalah yang sedang melanda persatuan itu.
Katanya, Annuar juga tidak patut mengharapkan kerajaan persekutuan atau negeri untuk “bail out” KAFA menggunakan wang rakyat susulan kegagalan dirinya sendiri mengurus tadbir KAFA dengan baik, selama ini.
Annuar memegang jawatan presiden KAFA sejak 2007.
“Tan Sri perlu mohon maaf kepada TMJ. Untuk pengetahuan Tan Sri, sebelum Stadium Larkin diambil alih oleh JDT, kualitinya sangat teruk. Kerusi patah, cat pudar, tandas kotor, kualiti padang tidak sebaik sekarang.
“Kini, di bawah pengurusan JDT dan TMJ, banyak pembaharuan dilakukan. Pembaharuan yang mengembalikan roh bola sepak ke Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar sebelum ini didakwa menegur kemudahan milik Kelab JDT dan terdahulu, Annuar dan TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim saling sinis berbalas kenyataan, termasuk mengenai kepimpinan dan bola sepak.
Syed Saddiq berkata hanya katak di bawah tempurung yang akan menafikan transformasi dibawa TMJ dan Kelab JDT berjaya menyatukan orang Johor serta mengembalikan maruah bola sepak negeri itu seterusnya mengubah landskap bola sepak negara.
“Tan Sri harus mohon maaf kepada TMJ dan menjawab tuduhan penyelewengan wang rakyat Kelantan berkenaan pembelian Kereta Porsche Panamera milik Tan Sri,” katanya.
Pada 18 November lalu, Annuar mengulangi pendiriannya meletak jawatan sebagai presiden KAFA disebabkan masalah kewangan yang menghimpit persatuan itu.

Seminggu kemudian, Annuar secara terbuka menawarkan diri menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai presiden FAM, jika Tunku Ismail tidak sanggup mengambil alih badan induk bola sepak negara itu.
Awal hari ini, TMJ secara sinis mengingatkan Annuar menyelesaikan masalah dihadapi KAFA dan tidak sibuk mencampuri urusan skuad lain di negara ini.
KAFA juga memutuskan untuk menarik diri daripada menghadapi saingan Liga M musim 2017 kerana tidak mampu menyediakan dana mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan yang gah dengan gelaran The Red Warrior itu.
Tunku Ismail menasihatkan Annuar melupakan hasrat memimpin FAM jika KAFA pun beliau tidak mampu uruskan.

1 comment:

  1. Bola sepak tidak membawa sebarang keuntungan kepada negara,, mutu bolah sepak kita taraf sampah,, yg untung org politik, permain bola dan penaja ,, lain lain rugi,,
    Anuar juga org politik,, org politik mana ada buat kerja free mesti kena ada untung untuk diri sendiri,,
    Politik dan bola sama saje,,
    Mengabis kan hasil negara,,
    TMJ pun satu sama juga mcm org politik,, cuba TMJ agak kebal maklumlah anak raja,,
    Hari tu TMJ kata ada pendrive yg ada bukti rasuah dalam sukan bola MAFA,, Lepas jumpa KJ salam bersalaman. KJ pula keluar kenyataan yg merujuk tiada sebarang unsur rasuah,,
    Kita rakyat Malaysia dan bukan bangsa Johore nak tahu sapa yg menipu kita,, KJ atau TMJ,, atau dua dua kong kalikong,, ampunn tuanku

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa