Bila-bila pun mungkin susah meraih kepercayaan!
SPR buat demo dakwat kekal berkesan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu demonstrasi khas hari ini untuk membuktikan kepada wakil media bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi memang tidak boleh dipadamkan.
Demonstrasi khas itu dibuat untuk wakil-wakil organisasi media tempatan bagi menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya dakwat kekal yang digunakan untuk pilihan raya umum ke-13 boleh dihilangkan dengan mengelap atau membasuhnya dengan air.
Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dan para pegawai SPR membuat demonstrasi itu melibatkan seorang petugas media tempatan dan disaksikan oleh rakan sejawatannya.
Dalam demonstrasi itu, percubaan petugas media berkenaan untuk memadamkan kesan dakwat yang dicalit pada ruas pertama jari telunjuknya, termasuk bahagian kuku, tidak berhasil meskipun menggunakan beberapa bahan pencuci.
Bercakap dalam sidang media di pusat media SPR di Putrajaya, Kamaruddin berkata dakwat yang digunakan dalam demonstrasi tersebut adalah sama dengan yang digunakan oleh SPR bagi pengundian awal.
SPR semalam menjelaskan bahawa kejadian dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi awal berjaya ditanggalkan kerana petugas SPR terbabit tidak menggoncang botol dakwat sebelum menggunakannya.
Kamaruddin turut mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi pada hari mengundi Ahad ini.
Antaranya, botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam sekali selama 30 saat, jari pengundi perlu bersih serta kering, dan dakwa perlu dicalit pada keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari.
Beliau mengulangi jaminan SPR bahawa dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari.
Beliau berkata penggunaan dakwat itu, yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia atas permintaan pihak tertentu, sudah diuji dan diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan diputuskan halal oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kamaruddin berkata percubaan sesetengah pihak menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu pada jari pengundi awal menggunakan pelbagai cara, mungkin mempunyai motif tertentu atau mungkin juga mereka menyimpan niat tidak baik terhadap SPR.
Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 saat sebelum digunakan.
Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.
"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya.
Mengenai pengundian awal, beliau berkata pada Selasa lepas sebanyak 83.3 peratus iaitu 200,979 orang daripada 272,387 pengundi awal, mengundi.

ape ke bodohnye kome panggil semua polis ke askar depan wakil pengundi tolong cui tgn kalau keluar alamta spr kena buat undi semule le
ReplyDelete