Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 2, 2013

Mustahilkah Sekiranya Dilakukan Oleh Agen BN Sendiri Untuk Mencalarkan Imej PR Di Mata Pengundi?

Janganlah pula separah mangsa bom dalam sampah ari tu.... 
Berita dari Bernama bukannya menjaga nama sangat
Dia menjaga tuannya dari air muka sendiri!
PRU13: Petugas BN parah diserang dengan parang di Kulim

KULIM: Seorang petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) cedera parah di muka akibat diserang empat lelaki bersenjatakan parang ketika bertugas menjaga sebuah khemah yang didirikan sempena pilihan raya umum ke-13 PRU13) di Taman Halia, Lunas, dekat sini awal hari ini.
“Empat lelaki berkenaan dikatakan tiba di lokasi dengan menunggang dua motosikal lalu serta-merta menyerang mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh, berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, empat lelaki bertopi keledar dikatakan menghampiri dua petugas yang sedang berada di sebuah khemah bersebelahan sebuah pentas pertunjukan yang akan diadakan malam ini.
Katanya, dua petugas itu diamanahkan menjaga barangan dan pentas itu supaya tidak berlaku perkara tidak dingini berikutan terdapat barangan berharga di pentas serta khemah.
Ghuzlan berkata mangsa yang cedera parah di muka dikenali sebagai C.Padiapan, 50, seorang pekerja kilang, yang pada mula dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan tetapi kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan susulan. – BERNAMA

1 comment:

  1. rakyat mesti sedar peranan mereka sebagai pemilih ..

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/jom-kita-renung-bersama.html

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa