Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 2, 2013

Boleh Pakai Ker Laporan Sebelah Pihak Dari Bernama Ni?

Entah-entah Kenderaan Jentera Pilihanraya tu yang menggesel Motor Mat-Mat Motor ni dulu untuk provoke budak-budak ni?
Setelah kenderaan itu tidak berhenti lalu dikejarnya dan mengamoklah budak-budak nih
Lagi pun Mat-Mat Motor ni ada bawa apa-apa pengenalan tak, yang mengatakan mereka ni dari penyokong Parti Lawan?
Entah-entah Mat-Mat Motor gian kot?
Penyokong Pakatan Rakyat serang kenderaan calon BN
May 2, 2013
Sekumpulan 18 individu yang menunggang motosikal bertindak melakukan provokasi dan mengepung kenderaan tersebut

BUTTERWORTH: Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri, di sini hari ini.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen negeri ACP Roslee Chik berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, sekumpulan 18 individu yang menunggang motosikal bertindak melakukan provokasi dan mengepung kenderaan tersebut.
“Untuk melepaskan diri daripada kepungan itu, berlaku pergeseran antara kenderaan itu dan motosikal menyebabkan empat penunggang motosikal terjatuh.
Ekoran pergeseran itu, kumpulan tersebut mengejar kenderaan itu sehingga ke bilik gerakan DUN Seberang Jaya di Lorong Tenggiri 7.
“Mereka bertindak agresif merosakkan kenderaan itu dan memecahkan cermin depan dan sisi menggunakan topi keledar dan besi,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Berikutan kejadian itu, pasukan tempur ringan (LSF) dan anggota Op Cantas Polis Diraja Malaysia yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan meleraikan pergaduhan, katanya.
Tiada kecederaan
Roslee berkata tiga orang petugas yang berada di dalam kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana.
Sehubungan itu, Roslee menasihatkan parti politik supaya mengawal tindakan penyokong masing-masing supaya tidak melakukan provokasi melampau yang boleh mencetuskan ketegangan.
“Polis akan meningkatkan pemantauan di lokasi panas dan berisiko di seluruh Pulau Pinang kerana didapati kempen pilihan raya semakin panas menjelang empat hari sebelum tarikh mengundi,” katanya. -Bernama

1 comment:

  1. yang langak lari tu siapa aku kalau tgk kena langagak mesti aku ligan kalau hang lari kat balai dan buat report tak apa le sebab cover insurance ni hang balik rumah alamat kena bedal le

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa