Ada soalan ada jawapannya
Memuaskan atau tidak, percaya atau tidak itu adalah hak kita
Bukan masalah mereka - konon mereka dah dan bermacam cara mereka gunakan untuk mewajarkan jawapan mereka
Tapi masalah kita ialah.....
Apa yang boleh kita buat?
Mendesak ker, mengasak ker mereka tidak akan berganjak
Mereka buat pekak badak dan alih-alih putar alam ajer!
Kerajaan harus jawab dakwaan pengundi diragui, kata Ambiga
TERKINI @ 06:02:26 PM 02-05-2013
OLEH BOO SU-LYN
Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga menerangkan kepada pihak pemberita bahawa kerajaan perlu menjawab tuduhan rakyat asing dihantar ker Semenanjung untuk mengundi. - Gambar The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mendesak agar kerajaan menjawab hari ini berkenaan dengan tuduhan rakyat asing dari Malaysia Timur dihantar ke semenanjung untuk mengundi dalam pilihan raya 5 Mei.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa awal hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pejabat Perdana Menteri terlibat dalam menerbangkan lebih 40,000 pengundi diragui dari Sabah dan Sarawak ke beberapa negeri di semenanjung baru-baru ini.
“Senyap bukan pilihan dalam keadaan ini,” kata Ambiga dalam satu forum dengan Steve Teoh, yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cheras, di sini hari ini.
“Kami menjangkakan sambutan daripada syarikat penerbangan yang bertanggungjawab dan dari kerajaan sementara,” kata ketua pemantau pilihan raya itu.
Anwar mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dokumentari “berwibawa” mengenai 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak setiap hari, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu sejak 25 April.
Ambiga mengatakan hari ini SPR tidak mencegah rasuah dalam Pilihan Raya 2013, menegaskan Bersih menerima laporan mengenai pembelian undi dalam apa yang dikatakan sebagai pilihan raya paling sengit semenjak Merdeka.
“Semasa hari penamaan calon, wang mula diserahkan,” katanya.
Peguam dan aktivis terkenal itu juga menggesa SPR mendedahkan kepada umum garis panduan kakitangan mereka berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke 13.
Beliau mengatakan alasan SPR semalam berkenaan kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi disebabkan oleh kakitangan mereka tidak menggoncangkan botol dakwat tersebut tidak dapat diterima.
Beliau turut menyelar SPR kerana gagal menyelesaikan dakwaan PR Selangor mengenai 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru mendaftar di negeri tersebut tidak dapat dikesan.
“Mereka seharusnya gembira rakyat membantu untuk membersihkan daftar pemilih,” kata Ambiga.
Beliau juga membangkitkan tentang BN tidak seharusnya menggunakan logo 1Malaysia dalam kempen mereka kerana ianya adalah polisi kerajaan.
“BN tidak boleh menggunakan logo 1Malaysia kerana duit yang dibelanjakan datang dari kita,” kata Ambiga.
Wajah Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak berada dalam kempen BN seperti yang ditunjukkan di banner dan papan iklan dengan gambarnya dan logo 1Malaysia di seluruh negara.
Teoh akan berhadapan dengan penyandang kerusi dari DAP Tan Kok Wai bersetuju parti politik harus diberikan akses media yang adil.
“Liputan kepada kedua-dua pihak harus adil kepada kedua-duanya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa