Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 2, 2013

Mungkinkah Peristiwa Kudita Perak Akan Berlaku Pula Di Peringkat Persekutuan Selepas PRU13 Nanti?

Sebelum tu ko orang baca statements geng UG kat bawah tu....
Apa yang dia kata tu betul, Ahli berhak menentukan halatuju parti
Tetapi patutkah perkara ini dinyatakan sekarang 
Di waktu di ambang PRU?

Tak tahulah apa yang ada di dalam kepala dia nih?
Nak kata bodoh, dia ni educated juga.... 

Jenis orang macam ni kemungkinannya bila bila usul ditolak oleh Ahli di dalam Muktamar nanti tidak mustahil dia akan menyeberang bersama gengnya sekiranya PR menang tipis di dalam PRU13 nanti dan tersembamlah Kerajaan PR di peringkat Persekutuan nanti

Yang belajar Agama seperti Nasharuddin dan Nakhaie pun boleh lompat!
Harun Taib: Akar Umbi Boleh Cadang Pas keluar PR
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Kepimpinan pusat Pas meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) boleh usulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

Sehubungan itu, Harun menyeru semua ahli akar umbi Pas untuk bersabar sehingga misi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selesai.

“Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ahli parti itu melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataanTimbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menggesa orang bukan Islam tidak mengundi Pas pada pilihan raya umum nanti.

Sebelum itu, Harun pada kenyataan medianya berkata, tindakan Norman Fernandez menggesa rakyat menolak Pas hanya akan merugikan pakatanpembangkang khususnya DAP.

Ini kerana, menurut Harun, Pas mempunyai jumlah penyokong terbesar dan kenyataan Norman boleh membuatkan penyokong tersebut berpaling dari DAP.

Katanya, Pas akan menyerahkan keputusan kepada DAP untuk memutuskan tindakan terhadap Norman dan tidak akan mendesak beliau meminta maaf - sumber

4 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Memang cadang tadi nak tulis artikel tentang benda nih... tapi dah lu tulis lebih dulu... gua layan jer...

    Betul... aper perlunya keluar statement camnie... melainkan memang ader usaha disebalik tabir UG nih.... hehehe

    ReplyDelete
  2. Sdr. C++

    Saya cuit sikit ajer. Saya saudara boleh berikan ulasan lanjut yang lebih terperinci

    ReplyDelete
  3. kalo main volley ball bagi bola tanggung macam ni memang nak mintak popia(spike kencang kat muka) free...

    ReplyDelete
  4. gua punya baca..menang kalah PR dlm pru ni, PAS akan keluar dri PR dan buat UG dgn UMNO dgn syarat Hadi sebagai PM. Mana boleh parti terbesar penyokongnya Tuan Presidennya hanya TPM atau takat menteri...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa