Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 2, 2013

Tak Habis-Habis Dengan Kerja Celaka!

Isyk...isyk....macam mana rakyat nak taruhkan kepercayaan
Kalau benar begini kelakunya?

Kecoh Depan Balai Polis Lumut, SPR Hendak Ambil Peti Undi

Saya baru menerima panggilan telefon dari seorang rakan (korespondan) saya yang kini berada di hadapan Balai Polis Lumur Perak. Menurutnya waktu ini berlaku kekalutan di hadapan Balai Polis itu bila mana SPR cuba membawa Peti-Peti Undi Pos yang disimpan dalam lokap di balai polis itu ke satu tempat yang tidak diketahui.

Tindakan SPR itu dibantah oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah berkawal di balai polis berkenaan untuk menjaga keselamatan peti-peti berkenaan.

Ekoran serbuan orang ramai yang membantah tindakan SPR itu menyebabkan usaha membawa peti undi itu tidak berjaya. Sudah pasti kalau tidak ada tindakan agresif itu peti-peti undi itu akan dibawa keluar dari lokap.

Peti-peti itu undi itu adalah mengandungi kertas undi pos untuk Parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang, Setiawan dan Pangkor. Kerusi Parlimen Lumut ditandingi oleh Mohd Imran Abdu Hamid.

Dalam pada itu menurut rakan itu permit atau keizinan yang diberikan kepada beberapa orang untuk mengawal peti undi berkenaan juga ditarik balik. Waktu ini usaha sedang dilakukan untuk berunding dengan pihak polis supaya permit itu dikembalikan semua dan kawalan ke atas peti undi itu diteruskan.

Apa yang pelik dengan kejadian ini kenapa SPR awal-awal lagi hendak memindahkan peti undi berkenaan dan kenapa tidak tunggu sehingga habis waktu mengundi 5 Mei ini. Kalau pun ianya dibuat atas alasan untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan itu tetapi biarlah ia dilakukan dengan telus dan terbuka.

Sesiapa pun akan merasa tidak puas hati sekiranya peti-peti undi itu dipindahkan begitu saja tanpa apa-apa kawalan atau wakil parti yang memantaunya. 


Sepatutnya SPR memahami perkara ini dan mengambil tindakan secara profesional bagi mengelakkan kekecohan dan sekaligus
mencemarkan nama baik SPR yang sudah pun tercemar
.[wm.kl.9:37 am 02/05/13]

8 comments:

  1. Aku doakan agar Allah menimpa bala yg sedasyat2 nye kpd pengerusi spr dan timbalan dia dan mereka semua yg terlibat dlm penipuan pilihanraya ni. Amin.

    ReplyDelete
  2. Admin.... Hang dah prepare wang yang cukup ke memfitnah spr ni? Nak jadi mcm milosuam gak ke?

    ReplyDelete
  3. kome cam muke pegawai spr ikut dia kemane dia pergi kome kene buat korje sb biot dia pu;lak kecut telor treus buat laporan polis bior dia aman tidor dibalai jage peti undi tu

    ReplyDelete
  4. Kenapa anon? Mintak allah bagi bala? Spr halang awak dan pr dari solat ke? Atau bunuh anak2 awak?
    Ko ingat boleh tipu tuhan ke? Macam haram....

    ReplyDelete
  5. nak menang tp dgn cara menipu...BACUL!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Anon 12:08 AM

    Saya ambil dari MSO. Kalau dia merapu, saya pun merapulah.
    Saya tak suka menuduh.
    Itu sebabnya saya tulis kat atas tu dengan ayat ini "Kalau benar begini kelakunya?"

    Tapi harus diingat 'penyamar' pun mungkin ada!

    ReplyDelete
  7. Anon 10:55 PM

    Sebenar tidak baik berdoa supaya ditimpa bala kepada sesiapa sahaja. Nabi pun melarangnya.

    Kalau mohon dia sedar kesilapannya adalah dianjurkan sekiranya dia buat silap

    ReplyDelete
  8. Mula2 sya baca di "thecybersniper.blogspot.com" dlmfb calon yg bertanding pun ada maklumay ni....utk pengetahuan admin...sahabat sya seorang janda ada dpt panggilan dri private no memujuk untuk jd pengundi hantu di Terengganu dijanjikan di byr RM300 dan dibawa kesana...dpt panggilan beberapa kali....puas sya memujuk dia utk buat laporan polis...dia takut...dan dia mmg ahli UMNO begitu juga sya....0505 sya nak pangkah siapa?....sudh pasti bukan ABCD...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa