Updated: Khamis Disember 12, 2013 MYT 2:41:19 PM
Anggota Polis Didakwa Rogol Pekerja Indonesia Ditahan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan pada Rabu kerana didakwa terlibat merogol seorang pekerja warga Indonesia di sebuah hotel bajet di Kajang malam Selasa lalu.
Sumber memberitahu wanita yang telah berkahwin itu dan teman serumahnya ditahan di kediaman mereka di Bandar Baru Bangi pada malam serbuan dijalankan.
Suami mangsa juga dikatakan berada dalam rumah tersebut ketika dia ditahan.
Difahamkan mangsa di bawa ke balai polis daerah kerana dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Pegawai berkenaan kemudiannya didakwa membawa wanita tersebut ke sebuah hotel bajet dan menggesa khidmat seks daripada mangsa.
Difahamkan pekerja Indonesia itu pada mulannya enggan melayan permintaan pegawai polis tersebut.
Namun dia telah dipaksa supaya memberi khidmat seks kepadanya jika dia tidak mahu dihumban ke dalam lokap.
Mangsa kemudiannya membuat laporan terhadap anggota polis tersebut di balai polis berlainan daerah keesokan harinya.
"Kami telah menahan suspek dan dia kini disiasat di bawah Seksyen 376 atas kesalahan merogol," kata sumber polis pada Khamis.
Sumber itu memberitahu bahawa suspek yang berusia dalam pertengahan 20-an telah bekerja selama tujuh tahun serta berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
"Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan seperti ini dalam pasukan kami.
"Kami akan mengkaji rekod lampau suspek untuk melihat sama dia mempunyai rekod disiplin pada masa lalu," kata sumber itu lagi.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa