Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 10, 2013

Sape Yang Kantoi?

Edisi bengong - Zahid kata dia tak sebut Mat Sabu
Ini pula Jamil Khir kata individu itu adalah Mat Sabu!
Kalau pun kecut nak kena saman
Takkan belit sehingga terbelit?
Kata bodoh kang...marah!

Tindakan terhadap Mat Sabu bergantung pada bukti
K Pragalath  | December 10, 2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menambah tindakan akan diambil terhadap pengikut Syiah tanpa mengira ideologi politik mereka.






KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan terhadap timbalan presiden PAS Mohamad Sabu akan bergantung kepada beban pembuktian.
“Isu Syiah ini melangkaui batas parti politik.  Kita akan bincang dan ambil tindakan tak lama lagi kerana perlukan pembuktian dan melibatkan proses pendakwaan,” kata Jamil
Beliau berkata demikian ketika ditanya bila beliau akan menahan Mohamad Sabu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu dalam satu sidang media selepas merasmikan sambutan bulan zakat dan ijtima’  nasional 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.
Beliau mengulas seruan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menahan timbalan presiden PAS yang lebih mesra dengan nama Mat Sabu.
Pada hari Sabtu, Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri berikrar akan mengambil tindakan menahan pengikut mazhab Syiah. beliau turut memberi amaran agar PAS bekerjasama dengannya dalam hal ini.
“PAS, tolong jangan campur tangan dalam hal berkaitan akidah.  Datuk Jamil Khir, bawa JAKIM tangkap mereka.  Saya hairan PAS pilih orang Syiah sebagai pemimpin No 2 parti,” kata Ahmad dalam ucapan penggulungan sempena perhimpunan agung Umno ke-67.
Ahmad Zahid turut mengarah kementeriannya agar merampas aset kumpulan Syiah yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Sementara itu, Mat Sabu menyatakan bahawa beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Ahmad Zahid.  Beliau turut menafikan bahawa beliau pengikut mazhab Syiah.  ”Saya pengikut mazhab Ahl Sunnah wa’al Jamaah.”
Semalam Ahmad Zahid menafikan bahawa beliau merujuk kepada Mat Sabu.  Bagaimanapun beliau menambah akan menunjukkan bukti Syiah di dalam PAS bersama ketua setiausaha kementeriannya dalam masa terdekat.
Pada masa sama Jamil turut memberitahu wartawan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap pengikut ajaran Wahabbi.
“Mazhab Wahabbi termasuk juga dalam ajaran Ahl Sunnah Wa al Jamaah,” katanya.
Terdahulu sebelum itu, Jamil di dalam ucapan perasmiannya berkata bahawa keberkesanan program agihan zakat oleh majlis agama Islam negeri selaras dengan agenda transformasi pemerkasaan ekonomi bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau turut mendedahkan bahawa kutipan zakat seluruh negara adalah dalam lingkungan RM2 bilion dan negeri penyumbang terbesar ialah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Selain asnaf (penerima wang zakat), jumlah ini juga digunakan menguruskan 22,000 masjid dan surau di seluruh negara,” jelas Jamil.
Sambutan dengan tema transformasi zakat menyejahterakan ummah dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa