Jasa tetap jasa, budi tetap budi walau siapa pun dia!
Kenapa harus diperlekehkan?
Perkara yang baik tetap baik yang buruk tetap huduh......

Anifah hargai bantuan Rosmah ketika Arab Spring
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau menghargai bantuan oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk membawa keluar pelajar Malaysia dalam keadaan "antara hidup dan mati" dari Mesir pada 2011.
Anifah yang dipetik dalam tulisan wartawan veteran Ahirudin Attan di blog rockybru.com.my menyebut, beliau mengetahui bahawa hubungan baik isteri perdana menteri dengan pemimpin negara luar akan membantu proses tersebut.
Katanya, usaha untuk memindahkan warga Malaysia itu dilakukan ketika revolusi Arab Spring memuncak ketika itu.
“Keutamaan saya adalah keselamatan rakyat Malaysia, terutama pelajar kita. Ia adalah keadaan hidup atau mati,” katanya yang menambah pemindahan itu perlu dilakukan dengan pantas.
Anifah juga berkata, beliau bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Mesir dan di Arab Saudi bagi menjalankan proses pemindahan tersebut.
“Isteri PM ada hubungan yang saya tahu sangat boleh membantu, terutama dalam keadaan tersebut. Kenapa dia tidak boleh gunakan hubungan itu?
“Ia adalah keadan antara hidup dan mati. Sebagai menteri luar saya boleh terima bantuan sesiapa saja, jika ia boleh menjamin keselamatan rakyat kita,” katanya seperti dipetik dalam tulisan tersebut.
Ahirudin menerbitkan tulisan itu susulan cadangan sinis oleh tokoh kewartawanan Datuk A Kadir Jasin agar Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.
Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Langkah itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno, Sabtu lalu, yang antara lainnya menonjolkan tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir.
Selain itu, Najib turut memuji tindakan Rosmah yang menggunakan hubungan baik dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membolehkan seorang lagi pelajar Malaysia masuk ke negara itu tanpa visa.
“Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa," katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa