Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 12, 2013

Meludah Ke Langit, Muka Sendiri Yang Hanyir!

Retorik anti-Syiah boleh jejas imej Malaysia, kata penganalisis
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
DECEMBER 12, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 12, 2013 02:06 PM
Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, mengkafirkan penganut Syiah tidak berlaku secara rasmi walaupun di Arab Saudi, yang mempunyai kelompok penganut Syiah termasuk di Madinah. - Gambar The Malaysian Insider, 12 Disember, 2013.Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, mengkafirkan penganut Syiah tidak berlaku secara rasmi walaupun di Arab Saudi, yang mempunyai kelompok penganut Syiah termasuk di Madinah. - Gambar The Malaysian Insider, 12 Disember, 2013.Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, di mana penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar dari Islam, menurut seorang pakar hubungan antarabangsa.
Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, berpendapat jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.
“Kita perlu berwaspada dalam hal ini. Kita bimbang perbuatan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada campur tangan Barat yang ingin melihat perpecahan umat Islam. Malah ada yang mengatakan agenda melagakan Syiah dan Sunni ini sudah lama dipasang pihak tertentu,” kata Mohamad.
Menurut Mohamad, apabila kerajaan mengambil pendekatan drastik memerangi Syiah, ia membawa kepada pengasingan umat Islam di negara ini.“Di peringkat antarabangsa sekali pun seperti di Arab Saudi bukan sedikit penganut Syiah termasuk di Madinah. Walaupun ada pertembungan politik di kawasan tertentu dengan mazhab Syiah, tidaklah mereka ini sampai ke peringkat mengatakan Syiah terkeluar daripada Islam,” katanya.
“Apabila kita memberi penekanan berlebihan kepada Sunni, maka dengan sendiri ia membawa kepada pengasingan agama.
“Walaupun perlu kita mengawasi penularan Syiah, ia perlu dibuat dengan kebijaksanaan kerana ia berpotensi menjejas hubungan dengan negara luar disebabkan penganut fahaman itu tidak akan berdiam diri. Mereka akan menguar-uarkan konflik yang berjalan ini sehingga disalah tafsir oleh pihak lain,” katanya.
Perhimpunan agung Umno baru-baru ini telah menyaksikan para pemimpinnya melancarkan serangan terhadap umat Islam bermazhab Syiah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji mendedahkan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan beliau bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah.
Ratusan wanita berhimpun dalam satu sambutan di tapak persemadian Sayyidina Ali bin Abi Talib di bandar Najaf, Iraq, pada Disember 9. Majoriti penduduk Iraq adalah bermazhab Syiah. - Gambar Reuters, Disember 12, 2013.Sementara itu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya baru-baru ini berkata kerajaan Malaysia adalah kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.
Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil sebarang bentuk tindakan balas berkaitan isu tersebut.
“Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.
"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan telah dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.
“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrim atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan,” katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.
Sebelum ini, ahli sosiologi Dr Mohd Faizal Musa berkata kejahilan dan tindakan melampau golongan Islam Sunni mempengaruhi pihak berkuasa agama telah mendorong gerakan anti-Syiah di Malaysia, walaupun masyarakat minoriti ini sudah bertapak sejak berabad lalu.
Katanya, ekstremis di kalangan pihak berkuasa agama telah menyebarkan mitos bahawa Islam Syiah hanya bermula pada tahun 1979 iaitu ketika Revolusi Islam Iran dan kononnya mazhab yang merupakan kedua terbesar dalam Islam ini merupakan satu ancaman luar.
Faizal berhujah sikap tidak tolak ansur pihak berkuasa agama dan kumpulan Sunni terhadap golongan Syiah adalah kerana pengaruh Wahabi - fahaman konservatif Islam yang berasal dari Arab Saudi. – 12 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa