Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 11, 2013

Bayi Dikuburkan Hidup-Hidup: Syria Dah Kembali Ke Zaman Jahiliah Sebelum Islam

Celakalah ke atas mu wahai Bashar!

Terkini: Syria peperangan jenis apa, kuburkan bayi hidup hidup?
 
Kanak-kanak di Bandar Nabek yang telah dibunuh beramai-ramai oleh Syiah Iraq minggu lepas. Rahmatu Allah on our brothers. Gambar Syria Care Malaysia Indonesia
Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Assad di Al Latamneh tidak akan sama sekali dilupakan oleh umat Islam seluruh dunia. Kanak-kanak yang disembelih, bayi-bayi yang telah ditanam hidup-hidup sahaja sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada kami bahawa peperangan yang berlaku di Syria bukanlah peperangan biasa. Tetapi ianya adalah diantara kekejaman yang disengajakan keatas umat-umat Islam diseluruh dunia.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana penderitaan yan dialami oleh Si Ibu yang membelai dan memberi kucupan manja kepada bayinya saat dilahirkan.. ditatap wajah bayi kesayangan dengan penuh kasih sayang setiap hari. Sehingga saat dia dipaksa melihat bayi kesayangan ditanam hidup-hidup didepan matanya.. tanpa mampu berbuat apa-apa.
Saban hari, penghuni di bumi Sham yang kaya dengan tinggalan sejarah Islam ini terpaksa menelan keperitan menghadapi ratusan jenazah insan-insan tersayang yang harus disemadikan pada setiap hari.
Dimanakah kita sebagai saudara seagama mereka ketika ini? Ketika mereka mengharungi hari-hari mereka demi mempertahankan agama Islam tercinta, adakah kita sebagai hamba Allah swt sekurang-kurangya mengirim sepotong doa buat mereka pada setiap hari seperti yang mereka harapkan? Tepuk dada, tanyalah iman.
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radhiyallahu anhu, Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“TIDAK BERIMAN SALAH SEORANG DARIPADA KAMU SEHINGGA DIA MENCINTAI UNTUK SAUDARANYA APA YANG DIA CINTAI UNTUK DIRINYA SENDIRI”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa