Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 10, 2013

Mana Satu Yang Betul?

Yang ini berita aku dapat dari blog Gendang Perang

Tuesday, December 10, 2013

ROSMAH BUKAN HERO PEMBEBASAN IBRAHIM MOHD AZMI


Kenyatan PM yang dengan bongkaknya mendakwa Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab mendapatkan pembebasan pelajar yang ditangkap polis Mesir tidak dapat dibuktikan.

Pertama sekali, Najib ternyata silap apabila mendakwa pelajar itu, Ibrahim Mohd Azmi ditangkap kerana tuduhan mengintip.

Hakikatnya Ibrahim Mohd Azmi ditangkap ketika bersama-sama konvoi Viva Paletine bersama-sama enam orang yang lain.

Beliau ditangkap ketika mengambil gambar kekerasan polis anti rusuhan Mesir terhadap sukarelawan Viva Palestine.

Mengenai penglibatan Rosma pula, kabel diplomatik dan laporan antarabangsa membawa berita yang jauh berbeza.

Laporan antarabangsa menunjukkan bahawa perundingan antara pegawai Viva Palestina, Turki dan British dengan pihak berkuasa Mesir bagi membebaskan Ibrahim Mohd Azmi dan enam yang lain tanpa dakwaan, tidak menyebut langsung tentang campur tangan Rosmah.

Sebagai balasan Viva Palestine akan membebaskan dua orang polis anti rusuhan Mesir yang ditawan mereka.

Sangat aneh kerana tiada satu pun media antarabangsa melaporkan penglibatan Rosmah dengan usaha itu dalam carian di internet.

Adalah tidak diketahui sejauh mana hubungan tidak rasmi Rosmah dengan isteri Hosny Mubarak, telah membantu pembebasan Ibrahim Mohd Azmi seperti yang didakwa oleh Najib.
- sumber

# Aku cari gambar Rosmah bersama Suzanne Mubarak tapi tak jumpa
Rosmah Rakam Penghargaan Pembebasan Pelajar Malaysia di Mesir
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak yang memberi maklum balas segera bagi membolehkan pembebasan pelajar Malaysia Ibrahim Mohd Azmi di negara itu Selasa lepas. Isteri Perdana Menteri berkata beliau menghubungi wanita pertama Mesir itu pada pukul 6.15 petang semalam bagi memaklumkan penahanan pelajar perubatan dari Universiti Bristol, United Kingdom itu dan lega apabila pelajar itu kemudiannya dibebaskan kira-kira empat jam selepas panggilan dibuat. "Saya telah merayu kepada Suzanne bahawa seorang pelajar kita telah ditahan dan sebagai seorang ibu kami faham perasaan ibu bapa Ibrahim. Sesiapa punya anak juga jika saya boleh tolong atau membuat sesuatu untuk meringankan beban ibu bapa, Insya-Allah saya akan tunaikan kewajipan saya.
"Saya juga telah maklumkan (kepada Suzanne) pelajar ini muda penuh dengan emosi, ditahan kerana ambil gambar dan mungkin beliau tidak mengetahui kesalahannya. Saya amat menghargai respon yang diberi Suzanne apabila beliau terus meminta nama pelajar dan butir-butir seperti nombor pasport dan tarikh lahir," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Rosmah berkata beliau turut memberitahu Suzanne bahawa Ibrahim, 22, itu perlu dibebaskan kerana perlu menyambung pengajian yang dijadual bermula esok.
Rosmah berkata bapa Ibrahim, Dr Mohd Azmi Mohd Ghazali mahukan supaya anaknya balik menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana beliau ditaja oleh Mara.
"Saya berharap pelajar lain supaya meletakkan keutamaan untuk mendapatkan ijazah dulu dan jangan melibatkan diri dalam perkara yang tidak berkaitan dengan kokurikulum pembelajaran," katanya.
Mengenai bantuan perubatan dan juga makanan yang dibawa konvoi kemanusiaan Viva Palestina yang ditahan daripada memasuki Semenanjung Gaza oleh kerajaan Mesir, Rosmah berkata beliau gembira apabila bantuan itu sudah selamat tiba.
Rosmah berkata dalam perbualan telefon semalam, Suzanne terlebih dahulu memberikan jaminan kepada beliau bahawa bekalan makanan, ubatan dan juga ambulans akan sampai kepada mangsamangsa di Gaza.
Julai lepas, Rosmah bertemu Suzanne semasa menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Pertama Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) di bandar Sharm El Sheikh, Mesir di mana wanita pertama Mesir itu mengajak Rosmah menganggotai pergerakan keamanan antarabangsa yang dipelopori Suzanne.
Sementara itu, Dr Azmi berkata beliau bersyukur anaknya dibebaskan dan memberitahu bahawa beliau dilayan dengan baik sepanjang penahanan serta barangannya seperti telefon bimbit dan kamera dipulangkan.
"Sebelum pergi menyertai konvoi, Ibrahim ada memaklumkan nak pergi mengambil gambar kerana minat malah kami sekeluarga mempunyai minat yang sama. Mungkin ia bukan satu keputusan yang tepat pada ketika itu apabila perkara ini terjadi," katanya.
Dalam kejadian Rabu lepas, lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah dan tujuh termasuk Ibrahim ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di pelabuhan ElArish di Mesir.
Tunjuk perasaan itu diadakan sebagai membantah keputusan Kerajaan Mesir melarang anggota dan 59 buah kenderaan konvoi Viva Palestina dibawa keluar dari pelabuhan ElArish untuk dibawa ke Gaza. - BERNAMA

Soalan masih lagi berlegar. Baca sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa