Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 10, 2013

Inilah Akibatnya Bila Mulut Lebih Besar Dari Otak

Kenapalah bodoh sangat dia ni
Orang akademik nak bergaduh dengan orang politik
Tak ker kecoh jadinya?

Aku juga heran......
Apa sebabnya bila orang akademik membuka mulut, biji butirnya banyak yang tidak sepadan dengan bidangnya!

DAP tuntut Ridhuan Tee minta maaf dan dipecat dari universiti atas kenyataan seksis
OLEH SYAHIRAH RASHID
DECEMBER 10, 2013
Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching (gambar) mengutuk tindakan Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah yang memanggil Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai "andartu kiasu".
Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai, berkata dakwaan Ridhuan itu adalah seksis dan membuktikan beliau tidak boleh berdebat dengan menggunakan fakta.
"Sangat memeranjatkan bahawa sebagai Pensyarah Kanan, Ridhuan Tee telah gagal untuk memahami hak seorang individu untuk memutuskan urusan perkahwinan mereka. Ini adalah perkara peribadi dan tidak sepatutnya dijadikan bahan ejekan," kata Teo Nie Ching.
Dalam kenyataan media Teo hari ini, beliau mengajak Ridhuan untuk menarik balik kenyataan seksis ke atas Kok.Teo berpendapat Ridhuan harus dipecat daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pensyarah Kanan demi memastikan bakal tentera Malaysia dapat dididik untuk lebih menghormati wanita.
Kok baru-baru ini bertanyakan soalan kepada Timbalan Menteri Pertahanan bahawa dakwaan yang dikenakan Ridhuan tentang ajaran pembersihan etnik berlaku beberapa minggu selepas dakwaan memplagiat artikel.
Ekoran itu, Ridhuan memanggil Kok "andartu kiasu" yang perlu mendapatkan lebih banyak ijazah.
Ridhuan telah menafikan dakwaan mengajar subjek pembersihan etnik di UPNM selepas menafikan dakwaan oleh Kok tentang memplagiat artikel. – 10 Disember, 2013.

6 comments:

  1. Salam PakDin,
    Kalau tengok cara dan gelagat, memang sah plagiat ....

    ReplyDelete
  2. Nak kaya masuk umno, nak lepas rasuah masuk umno, nak plagiat ampu umno

    ReplyDelete
  3. mamat ni kalau bercakap bukan main tarik suara konon konon apa yang dikatakan itu benar belaka. bisa tengok aksi mamat ni kat masjid tak boleh pakailah orang lagu ni.tengok sampai mana dia nak boleh pi

    ReplyDelete
  4. W'salam Pengasas

    Nampak gayanya betul kata Pengasas

    ReplyDelete
  5. Anon 11:32 PM

    Memang begitulah nampaknya. Nak kata betul, tak ada bukti sahih tapi nak tidak, yang nampak tak boleh disangkal

    ReplyDelete
  6. Anon 11:34PM

    Itu sebab saya kata 'Mulut lebih besar dari otak'!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa