Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 11, 2013

Berniaga Semasa Demo: Peniaga Thailang Untung Besar, Peniaga Melayu Rugi Besar

Berita ini rasanya Bernama tersalah siar kot?
Di Thailand itu rusuhan bukan demo biasa pun mereka untung
Di sini demo biasa saja - rusuhan hanya dibuat pun (peniaga melayu) bising rugi
Korang tengok Mathematics siapa yang lebih bijak?
Atau Mathematics bodek yang rugi?

Rabu Disember 11, 2013
Peniaga Raih Pendapatan Lebih Semasa Tunjuk Perasaan
BANGKOK: Pepatah Cina ada menyebut "di setiap kesulitan pasti ada peluang", lantas membuka kesempatan untuk meraih rezeki.
Bagi pengumpul barangan kitar semula seperti Tassawarn Cahipong, dan peniaga kecil seperti Nam, seorang penjual aiskrim, ia bukanlah kejayaan segera yang membawa kepada kemewahan.
Sebaliknya, barangan jualan mereka lebih laris daripada biasa semasa perhimpunan besar-besaran diadakan di sekitar Rumah Kerajaan, Isnin.
Cuba bayangkan, lebih 100,000 orang berkumpul di bawah panas terik sejak pagi sehinggalah matahari terbenam, sudah tentulah terdapat bertimbun-timbun botol plastik untuk dikutip dan begitu banyak aiskrim serta minuman untuk dijual sebagai penghilang dahaga.
Tassawarn, 49, pekerja sepenuh masa sebuah pusat penjagaan kereta tidak jauh dari situ namun kedai itu ditutup pada Isnin.
"Kedai penjagaan kereta itu terpaksa ditutup sebab kedudukannya terlalu dekat dengan tapak protes dan tiada pelanggan. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mencari sedikit wang dengan mengumpul dan menjual botol plastik," katanya kepada Bernama.
Tassawarn berkata dia memperoleh 500 Baht sehari dengan menjual botol plastik yang dikumpulnya sejak awal pagi hingga sekitar 7 atau 8 malam.
Semangat keusahawanan memang tersemai dalam diri wanita ini memandangkan dia turut menjual tikar kepada penunjuk perasaan untuk mereka duduk setelah berasa letih, ingin makan atau menyegarkan diri.
"Setakat ini saya sudah menjual 13 helai tikar tapi saya tidak mahu mengambil kesempatan daripada konflik ini. Saya beli sehelai tikar dengan harga 120 Baht dan menjualnya 150 Baht," katanya. - BERNAMA

2 comments:

  1. sama juga tuan, bila banjir menjelma pengeluar barangan letrik dah mula senyum..di dalam kesusahan akan ada pihak yang senang.

    ReplyDelete
  2. Berapa orang yang untung? berapa yang rugi? itupun tak tahu nak fikir ke? kalau 10 orang untung berniaga lilin, kacang putih, air, penutup muka, topi, cetak baju, banner, sewa khemah... yang rugi lebih dari 1000 arang peniaga-peniaga barangan lain seperti kereta, kedai makan, teksi, bas, kerja pejabat dan berbagai lagi... jangan kita buta kpd kebenaran... macam puak-2 yahudi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa