Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 10, 2013

Tak Ker Kartun Namanya?

Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik
OLEH DIYANA IBRAHIM
DECEMBER 10, 2013
Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin (gambar) yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.
Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini.
Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri.
Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut.Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini.
Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab.
"Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya.
Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi.
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara.
Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak).
Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa.
Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri.
Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. – 10 Disember, 2013.

18 comments:

  1. dengar cerita macam hebat tapi nak iktiraf hamas pun kecut

    ReplyDelete
  2. Kartun atau sarkas, mana satu yg betul ni.

    ReplyDelete
  3. Salam PakDin,
    Resepi nasi apa ni? Kaahhh, kah kah ...

    ReplyDelete
  4. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  5. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  6. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  7. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  8. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  9. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  10. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  11. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  12. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  13. Anwar ibrahem dah beli kadir jasin, hangpa semoa nak wat pa lagi, mongok.

    ReplyDelete
  14. W'salam Pengasas

    Nampak macam resepi nasi ka******* jer?

    ReplyDelete
  15. Anon 7:04PM

    Semua orang dah tahu kan?

    ReplyDelete
  16. Anon 7:36 PM

    Dalam sarkis ada badot. Dalam kartun ada macam-macam yang tak masuk dek akal!

    ReplyDelete
  17. Anon 8:45 PM

    Kagum dengan kesunggahan anda tapi sayang kesungguhan tanpa fikiran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai telor ayam 30 sen.biarkan

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa