Atau diberikan kuasa pada tempat yang salah?
Kisah wartawan media arus perdana 'dikeronyok'
Sesetengah pihak menganggap Utusan atau media arus perdana seratus peratus kebal dari 'dibelangkung' pihak berkuasa khususnya polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ada benarnya tetapi hanya secara organisasi. Wartawannya tidak, jurugambarnya pun tidak. Mereka tetap dimangsai, sama seperti pengamal media alternatif mahupun media independen.
Cuma, ia tidak diperbesar-besar kecuali jika dimangsai penyokong pembangkang. Jika tidak, cerita itu ditutup atau sekurang-kurangnya dikecilkan. Mungkin mereka 'deal' cara lain.
Selain kes wartawan The Sun yang dibelasah polis pada perhimpunan Bersih 3.0 hingga terlantar di hospital, kekasaran juga pernah berlaku membabitkan wartawan dan jurugambar Utusan.
Ketika itu, saya masih wartawan Berita Harian dan baru ditukar ke biro Klang. Kami sekereta - Proton Iswara merah yang dipandu wartawan senior Bernama dan dalam perjalanan membuat liputan Perhimpunan 100,000 Kesas.
Kami yakin 'selamat' - maklumlah, media arus perdana katakan.
Tidak jauh dari susur keluar Jalan Kebun dari Klang, kami berhenti di satu sekatan jalan raya di arah bertentangan.
Jurugambar Utusan merakam 'aksi' beberapa polis terhadap penyokong pembangkang. Untuk simpanan sahaja, mana boleh keluar paper, katanya kepada saya yang merokok sambil meninjau-ninjau.
Tiba-tiba, sekumpulan anggota polis berjalan laju ke arah kami.
Saya cepat-cepat masuk ke kereta - masih trauma akibat dikeronyok penyokong pembangkang dalam insiden 'polis lepaskan tembakan ke udara' di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dalam sekelip mata, kereta yang kami naiki dikerumuni berbelas-belas anggota polis, rasanya LSF (Unit Tindakan Ringan yang pakaiannya mirip FRU atau Unit Simpanan Persekutuan).
Tak ubah macam gula dihurung semut.
Seorang wartawan Utusan bersebelahan pemandu membuka pintu, mahu memberi penjelasan mengenai kehadiran kami. Malangnya, pintu kereta ditendang menyebabkan kaki kirinya terkapit.
Saya pula - di tempat duduk belakang, betul-betul belakang kerusi pemandu - menunjukkan kad media yang dikeluarkan Kementerian Penerangan apabila ditanya seorang anggota polis.
"Press, press (Media, media)" tetapi 'tidak laku' di mata anggota polis yang kemudian menghambur herdikan. Saya diam dan mulai memboikot kad media itu bertahun-tahun lamanya.
Kekecohan belum berakhir.
Jurugambar Utusan - yang hanya menunggu tempoh pencen - dikerumuni anggota polis. Lehernya dicekak manakala filem kameranya dikeluarkan secara paksa. (Kamera berkenaan rosak akibat perbuatan itu).
Kami buat laporan dan dipanggil ke balai polis. Tapi, kami enggan - nekad hanya beri keterangan tanpa pergi ke balai. Maka, ia berlangsung di pejabat Utusan di Jalan Raja Bot, Klang.
Puluhan keping gambar anggota polis ditunjuk tapi semuanya 'muka muda-muda'. Tak dapat cam, kami rasa dipermainkan, minta gambar yang agak baru tetapi tidak diendah.
Ironinya, polis ketika itu galak meminta media arus perdana memapar gambar wanted reformasi di dada akhbar termasuk Utusan.
Dalam satu sidang media tidak lama kemudian, seorang wartawan senior Utusan mempersoal keganasan polis kepada Ketua Polis Selangor (sudah meninggal dunia).
"Datuk, polis minta media siar pesalah reformasi tetapi media pun 'kena' jugak." Soalan itu hanya dijawab dengan janji yang tidak ditepati.
Anehnya, kisah sebegini cepat sejuk di kalangan pengamal media arus perdana tetapi cerita dikasari penyokong pembangkang sering kali digembar-gembur dari dada akhbar hingga ke kedai kopi.
Sebaik-baiknya, semua pengamal media konsisten dalam bersikap, dengan membantah sebarang keganasan terhadap pengamal media - baik sesiapapun pihak berkuasa mahupun penyokong kepartian.
Kebetulan, ia juga satu daripada lapan tuntutan Gerakan Media Marah (GERAMM) iaitu menyiasat keganasan terhadap pengamal media.
Maka, Protes Media Marah jam 2 petang esok di depan bangunan Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur menjadi wadah paling sesuai untuk kita lepaskan marah dan geram. - sumber
FAZALLAH PIT ialah bekas wartawan Berita Harian selama 13 tahun dan bekas editor Suara Keadilan antara 2010 hingga Mei 2013. Kini, Ketua Pengarang TV Selangor/Selangor Kini.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa