Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 24, 2014

Terkini: Keadaan Dua Harun (gambar)

Harun Din stabil, Harun Taib belum sedarkan diri
 Astro Awani| Kemas kini: Januari 24, 2014

Harun Din stabil, Harun Taib belum sedarkan diri
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal  kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.


Harun Din stabil di IJN
Harun Din di IJN
Hadi melawat Harun Taib
Harun Taib di Hospital Sultanah Nur Zahirah

Berita mula diterbitkan pada: Januari 24, 2014 17:07 (MYT) - sumber

1 comment:

  1. Abe

    Kita lupakan seketika politik.Marilah kita berdoa semoga keduanya s3mbuh dengan keh3ndak Allah swt

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa