Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 27, 2014

siGila Mana Yang Saja Nak Cari Pasal Ni?

Puak Sikitol dan Mandaliar agaknya ni!
Diharapkan polis berjaya mengesan malaun ni

Bom petrol dibaling di perkarangan gereja
1:00PM Jan 27, 2014
Dua biji bom petrol dibaling di perkarangan Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang, awal pagi ini.

Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi berkata, dua lelaki bermotosikal disyaki terlibat dalam perbuatan itu kira-kira jam 1.30 pagi ini, lapor Star Online.

Hanya sebiji bom petrol meletup sementara sebiji lagi jatuh di atas rumput, katanya.

Kejadian itu berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang kontroversi mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) berdekatan gereja semalam.

Pihak gereja telah membuat laporan polis. - mk

1 comment:

  1. Ini kerja team yg mengancam berulangnya tragedi 13 Mei 1969 dan sekutunya. Penjenayah dan bakal penjenayah jenis pendek akal yg mudah dikenali.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa