Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 25, 2014

Puak Lain Yang Buat Dajal, Kenapa PAS Pula Yang Terbeban?

Undang-undang sudah ada
Kenapa liat sangat untuk dikuatkuasakan?
Adakah kerana mereka 'orang kita'?

Tiba masanya PAS panggil solat hajat perdana gagalkan percubaan huru-hara kaum
JANUARY 24, 2014

Isi perniagaan babi secara terbuka yang baru dibangkitkan di Pulau Pinang hari ini membayangkan bahawa percubaan untuk mewujudkan suasana tidak tenteram terus dilakukan.
Khalayak tahu bahawa dalang pada percubaan itu dan beberapa insiden serupa sebelum ini sebenar adalah penyokong-penyokong Perkasa dan Umno.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mencetuskan tindakan anti rusuhan, iaitu mengajak Umno untuk duduk berbincang demi mengekalkan keamaman di tanah air ini, dan disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pun telah tampil sebelum ini, menasihat Putrajaya supaya mengelak keretakan hubungan antara kaum dan agama yang kian menjadi-jadi belakangan ini.
Jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya, Mohamad Sabu memanggil untuk diadakan solat hajat di seluruh negara bagi memohon kepada Allah supaya menggagalkan usaha pihak tertentu ini, Insya'Allah percubaan oleh penyokong Perkasa dan Umno ini tidak akan berjaya.
Pastinya, khalayak tidak akan termakan dengan adu-domba Perkasa dan Umno nanti, kononnya PAS sendiri tidak sensitif dengan isu berkaitan umat Islam.
Ini kerana, PAS adalah parti masa depan yang senantiasa sensitif dengan isu-isu yang boleh mencalar imej Islam.
Tidak perlulah disebut di sini kerana khalayak lebih tahu bahawa PAS di depan dalam isu kalimah Allah, rampasan 300 kitab bible bahasa Melayu, pencerobohan gereja, kes bakaran gereja, “kepala lembu berdarah” dan banyak lagi.
Umno banyak mencalar imej Islam, manakala, PAS giat membetulkan salah faham sebenar di kalangan umat Islam dan bukan Islam.
Jika PAS yang nekad memanggil munajat perdana ini, sekaligus membuka mata umat Islam, umat Melayu dan rakyat Malaysia bahawa parti masa depan itu paling komited untuk mengekalkan suasana aman di negara ini, walaupun terpaksa berdepan dengan percubaan penyokong-penyokong Umno dan Perkasa terbabit.
Setuju? – 24 Januari, 2014. - Zainulfaqar Yaacob
* Zainulfaqar Yaacob adalah fotojurnalis Pulau Pinang serta ahli PAS seumur hidup bagi kawasan Batu Kawan.

1 comment:

  1. Perkasa dan Umno bagai Dajjal masakini cuba menghancurkan umat islam dengan cara licik. Perhatikan gerak geri mereka dan renungilah.

    Pulau Pinang yang riuh pasal babi ini bukan melayu tetapi budak budak EEE.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa