Siasatan ketiga kenyataan Aziz Bari dalam dua tahun
4:44PM Jan 24, 2014
Polis pagi ini hadir ke pejabat Malaysiakini di Bangsar untuk meneruskan
siasatan bagi kali ketiga dalam tempoh dua tahun berhubung kenyataan
pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari pada tahun 2011.
Kenyataan Aziz Bari tentang campurtangan Sultan Selangor dalam serbuan sebuah gereja di Petaling Jaya itu disiarkan Malaysiakini dalam bulan Oktober tahun yang sama.
Dua pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam tiba
sekitar jam 11.50 pagi dan mengambil keterangan daripada penolong
pengarang meja bahasa Melayu Malaysiakini, Jimadie Shah Othman.
Menurut
Jimadie, soal siasat tadi berlangsung "dengan ringkas dan cepat" dan
beliau ditanya tentang kandungan emel yang diterima daripada Aziz Bari
(kiri).
Menurutnya, polis ingin tahu "sama ada terdapat pengubahsuaian" dibuat pada kandungan emel tersebut.
Turut dirakam keterangannya adalah bekas penolong pengarang meja bahasa
Melayu Malaysiakini, Wee Yu Meng yang kini bertugas sebagai penerbit di
KiniTV.
Siasatan pertama polis sebelum ini adalah pada bulan Disember 2012.
Polis pada ketika itu merampas sebuah komputer riba Malaysiakini untuk menyiasat kiriman emel Aziz Bari kepada Malaysiakini.
Sehingga kini komputer tersebut masih belum dipulangkan kepada Malaysiakini.
Kunjungan pertama polis untuk menyiasat kes yang sama pula adalah
sekitar bulan Oktober 2011 selepas Senator Umno, Ezam Mohd Noor membuat
laporan polis dalam bulan yang sama berhubung pandangan Aziz Bari.
Aziz Bari antara lainnya menyatakan tindakan campurtangan Sultan
Selangor dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3
Ogos 2011, bukanlah sesuatu yang lazim.
Mohd Jimadie Shah, Aziz Bari, dan Wee Yu Meng disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.
Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar (kiri) kesal dengan siasatan berpanjangan itu yang telah memasuki tahun ketiganya.
Beliau menggesa polis agar menyudahkan siasatan mereka sesegara yang mungkin.
"Kami kesal kes ini masih berpanjangan," katanya.
"Kami harap polis akan menyegerakan siasatan mereka secara adil dan
telus untuk menyelesaikan perkara ini, dan keadilan dapat ditegakkan
untuk semua yang terlibat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa