Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 29, 2014

Noh Berpura-Pura Bodoh Atau Memang Bodoh?

“Pada pandangan saya kenyataan beliau di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh" - Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail 

Bukan aku kata tapi orang UMNO juga yang kata
Menjadi bodoh kerana terlalu gelojoh!

Noh Omar buta sejarah, kata Syed Rosli
FMT Staff  | January 29, 2014
BN tidak seharusnya cepat melatah dengan situasi ini.
PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail bertanya adakah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar buta sejarah?
Katanya,   BN sendiri pernah melakukan perkara yang sama seperti dibuat oleh PKR semalam yang mengadakan pilihanraya kecil tanpa disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.
“Pada pandangan saya kenyataan beliau di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh. Jangan jadi melayu mudah lupa seperti yang selalu Mantan Perdana Menteri kita nyatakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.
“Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor. Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
“Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.
“Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.
“Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007. Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997,” jelas Syed Rosli.
Tambahnya lagi, jika BN bimbang akan berlaku pembaziran, BN boleh memilih untuk tidak meletakkan calon dan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar.
Tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan turut  dipertahankan Syed Rosli yang juga Penolong Setiausaha Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan.
Beliau  menyifatkan tindakan Lee itu  sebagai pengorbanan peribadi bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwar-warkan bakal mengambil alih tugas menteri besar dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau yang lantang bersuara mengkritik kerajaan berkata Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya cepat melatah dengan situasi ini.
“Saya membaca kenyataan Noh Omar mengenai perletakan jawatan Adun Kajang iaitu Lee Chin Cheh yang beliau sifatkan seperti mengkhianati amanah pengundi di situ. Beliau juga menegaskan bahawa masa pilihan raya umum (PRU) yang lepas,banyak janji Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih belum ditunaikan.
“Saya rasa bukan setakat PR tetapi BN juga gagal menunaikan janji dalam manifesto seperti janji untuk menurunkan harga kereta dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya akan diberi RM1,200 tetapi sebaliknya hanya akan memberi RM650 sahaja, ini adalah contoh janji yang ‘dicapatikan’ oleh BN,” katanya menerusi satu kenyataan.
Syed Rosli turut menyoal adakah Noh sendiri menembual pengundi di Kajang sebelum menyatakan bahawa pilihan raya kecil (PRK) di Kajang nanti hanya akan membuang masa mereka.
“Ada tidak Noh Omar bertanya pada pengundi-pengundi Dun Kajang semua ini hanya membuang masa? Jikalau tidak jangan mudah melatah kerana memalukan kami pemimpin akar umbi Umno di Selangor.
“Kita tunggu sahaja pada masa keputusan PRK nanti dan lihat sendiri berapa peratusan pengundi yang keluar mengundi,jikalau ianya dibawah 30 peratus maka ianya benar pengundi tidak sokong PRK tersebut.
“Noh Omar harus faham bahawa semua parti tetap tidak lari dari masalah dalam masing-masing. Sedangkan Umno sendiri pun ada masalah dalaman sendiri jadi Noh Omar perlu faham apa tindakan pimpinan PR lakukan ini mungkin untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor khususnya pengundi-pengundi,” tambahnya lagi.
Mengenai PRK Kajang, beliau berkata  jikalau Barisan Nasional masuk bertanding ianya sebenarnya akan merancakkan ekonomi setempat dan memberi peluang yang banyak untuk usahawan tempatan dan para peniaga untuk mencari lebih sedikit pendapatan mereka.
“Sebagai contoh para pengusaha Home Stay akan mendapat tempahan yang banyak dan juga pemandu teksi akan mendapat penumpang yang bertambah sempena PRK nanti, ini adalah sebagai contoh apa PRK boleh diterjemahkan juga sebagai menjana ekonomi setempat,” katanya.
Beliau turut menggesa pimpinan parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan kurang cerdik pada masa akan datang.
“Rakyat Selangor bijak belaka dan mereka tahu menilai mana permata dan mana kaca. Berpolitiklah cara sihat dan profesional jangan malukan kami pemimpin diakar umbi ini dengan kenyataan bodoh dari pimpinan BN, khusunya Umno,” ujarnya.

7 comments:

  1. bila spesis ala belaan di 'nfc' dilantik ! ABU !

    ReplyDelete
  2. depa ingat kita lupa pasai tu dak sekali.cuba nak bodokan orang itu saja yang layak dikatakan pada puak jenis ni memang dikenali pun 56 tahun yang lalu.hanya budak kanyia' aja yang tahu cerita busuk depa ni
    terbongkar jugak akhirnya tak gitu ?
    ingat matde sorang pandai bersiasah

    ReplyDelete
  3. Abe,

    Perkataan yang paling tepat untuk tidak keliru tentang Noh Omar ni lah GONG & TOK POK sekaligus. Jadi kalu orang tu gong dan tok pok, kita wat dok tahu jah. Paling-paling kito tago dengan batu supayo lari....

    ReplyDelete
  4. suruh Noh kencing dalam tempurung lepas tu buat cermin untuk tengok muka dia sendiri.., semakin jelas dan terang lagi bersuluh bahawa Manusia yang bernama NOH BIN OMAR adalah manusia paling bodoh di selangor kalaupun dia bukan manusia terbodoh di malaysia atau asia tenggara mahupun dunia, tapi kira bodohlah senang!! hwah ! hwah ! hwah !.. tapi korang jangan "lupus" kan di ni., senang dijadikan bahan hwah ! Hwah ! Hwah ! kalau takde dia, takde hasan malek, takde Ibrahim Ali, takde Ali Rustam, takde Papagomo, takde Rosmah, takde najib tak ceria pulak dunia 'blogspot' kita !!!

    ReplyDelete
  5. Tangan kotor dengan najis, 1 telunjuk menunjuk kesalahan orang sedangkan 4 telunjuk lagi menunjuk kepada diri sendiri.Cuba menyalahkan orang lain dalam pada masa yang sama telah membongkar kesalahan diri sendiri.Itulah umno namanya.

    ReplyDelete
  6. Otak Udang pandai ke ?

    Noh Udang pandai ke ?

    Tahu jawapan kan....

    ReplyDelete
  7. MEMANG BODOH, BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa