Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 22, 2014

Punca Sebenar Kemelut PKNS-Azmin

Published: Rabu Januari 22, 2014 MYT 6:10:00 PM
Updated: Rabu Januari 22, 2014 MYT 7:52:32 PM

Keengganan MMKN Sahkan Kedudukan Azmin Punca Kemelut PKNS
PETALING JAYA: Persoalan mengenai siapa yang bertanggungjawab dalam konflik penyingkiran Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akhirnya terjawab apabila minit mesyuarat menunjukkan kegagalan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memuktamadkan status keanggotaan Adun Bukit Antarabangsa itu ketika proses lantikan semula dibuat sebagai punca kepada segala kemelut ini.
Kekeliruan bermula apabila MMKN yang bersidang pada 13 November tahun lalu dan dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya meluluskan dua nama untuk menganggotai ahli lembaga pengarah PKNS tanpa menyebut secara jelas atau bertulis mengenai status Mohamed Azmin.
Dua nama yang diluluskan itu ialah Adun Cempaka, Iskandar Samad (penyandang) dan Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim (yang dilantik mengantik Teresa Kok) manakala bagi nama ketiga pula iaitu yang melibatkan kedudukan Azmin belum ditentukan ketika itu.
Menerusi minit mesyuarat yang didedahkan kepada media oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar pada Rabu juga dengan jelas menunjukkan bahawa nama Mohamed Azmin tiada dalam senarai untuk dilantik semula menganggotai PKNS.
Bagaimanapun lampiran petikan minit berkenaan juga tidak menyebut mengenai nasib Mohamed Azmin secara jelas sebaliknya memaklumkan akan ditentukan kemudian.
Namun begitu sesuatu yang jelas dan nyata ialah pelantikan jawatan Azmin hanya akan tamat tempoh pada 10 Februari 2015.
Ini bermakna walaupun nama Azmin tidak disebut sebagai anggota lembaga PKNS yang dilantik semula, tetapi jawatannya masih sah sehingga tarikh tamat tempoh tersebut.
Ini kerana pada masa yang sama, mesyuarat MMKN tidak pula dengan jelas dan nyata menggugurkan namanya atau memecatnya daripada jawatan tersebut.
Sebaliknya apa yang berlaku selepas itu ialah, Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar apabila menerima keputusan hasil mesyuarat MMKN tersebut telah membuat kesimpulan yang kedudukan Azmin selaku anggota lembaga telah digugurkan kerana namanya tidak disebut bersama dua anggota yang lain iaitu Iskandar Samad dan Teng Chang Kim.
Beliau kemudiannya dalam sepucuk surat kepada Azmin bertarikh 8 Januari memaklumkan pengguguran Azmin selaku anggota lembaga PKNS berkuatkuasa 4 Disember 2012.
Isu mengenai penyingkiran Azmin bermula apabila PKNS mencadangkan kepada menteri besar supaya mempertimbangkan kembali status keanggotaan tiga individu yang diluluskan pelantikan sebagai anggota lembaga PKNS oleh MMKN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sama ada masih sah ataupun tidak.
Tiga nama yang dicadangkan untuk dipertimbangkan kembali ialah Mohamed Azmin, Iskandar dan bekas Adun Kinrara, Teresa Kok.
Namun hanya Iskandar dipersetujui untuk dikekalkan dalam PKNS sementara kedudukan Teresa yang bukan lagi Adun di Selangor digantikan dengan Teng manakala status Azmin tidak disebut dan inilah dipercayai menjadi punca timbulnya isu tersebut.
Kronologi Penamatan Khidmat Azmin Dalam PKNS

BERIKUT adalah lampiran kronologi kes penamatan khidmat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali selaku anggota lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS.
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Kronologi ini dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada petang Rabu.

5 comments:

  1. Assalamualaikum, tuan.
    1. Khalid Ibrahim pernah datang ke masjid kampung kami. Tak nampak haibah dia. Tapi saya tahu usaha dia me-Malaysia-kan Guthrie.
    2. Membaca posting ini, saya sedang mencari-cari perbuatan silap Khalid. Belum jumpa lagi setakat ini.
    3. Saya juga sedang memikirkan hukum 'sebab-akibat' dan apa relevannya YB Azmin tweet untuk organisasi seperti PKNS.
    4. Jawatan Azmin sebagai ALP dulu tu bukannya 'executive director' pun, kot? Orang 'sebijak' dia 'selayaknya jadi executive director', kan?

    ReplyDelete
  2. Di kala PKR masih lagi mendapat sokongan rakyat, ada lagi pemimpin2nya yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan bukannya rakyat secara keseluruhan. YAB Tan Sri Khalid telah menunjukkan kepimpinan yang terbaik memajukan Negeri Selangor berbanding MB2 sebelumnya. Kehadiran YB Azmin dalam PKNS dilihat membawa banyak kecelaruan dalam usaha TS Khalid untuk memacu Ng Selangor ke suatu tahap yang cemerlang. Sebaiknya YB Azmin menumpukan terhadap tanggungjawab jawatan ADUN yang disandangnya daripada terus memporak-perandakan PKNS, Ng. Selangor dan juga PKR. Rakyat sedang memerhatikan isu ini dan percayalah jika tidak ditangani dengan sebaiknya, PKR akan kehilangan sokongan rakyat. UMNO pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menangguk di air keruh. AKU JUGA DAH NAIK MENYAMPAH DGN BERUK2 ANGAN-ANGAN TINGGI YG MASIH LAGI ADA SISA2 UMNO DI DALAM DIRI MEREKA !!

    ReplyDelete
  3. A'kum Sdr. Li

    Yang saya pelik tu kenapa Azmin ni seolah kemaruk sangat dengan jawatan itu sedangkan bukannya jawatan eksekutif pun.

    Apa masalahnya sehingga kekecuhan bercelaru sekali?

    Kalau nak kata sebab elaun pun, berapa sangat.

    Tapi mungkin kerana maruah dan air muka kot?

    ReplyDelete
  4. Ketidaktelitian mengenai status perlantikan jawatan Azmin yg hanya akan tamat tempoh pada 10 Februari 2015, menyebabkan kekecohan ini berlaku. Dgn ayat 'seorang lagi calon Ahli Perbadanan PKNS akan ditentukan kemudian' membuka ruang kpd kekeliruan itu. Sepatutnya dinyatakan terus bahawa, jawatan Azmin akan dikekalkan sehingga 10 Februari 2015 dan tidak perlukan perlantikan baru untuknya buat masa ini.

    ReplyDelete
  5. Ini semua permainan UMNO agar Rakyat lupa isu kos tinggi sara hidup dan terus saja hidup makan KANGKUNG bukan Kailan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa