Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Raja Petra: Banyak Merapu Dari Boleh Masuk Buku

Dari dulu saya dok ikut sedikit sebanyak tulisannya
Dari Pak Lah sehinggalah hal KJ (The Khairy Chronicles)
Dan terakhir isu Altantuya, Rosmah dan Najib

Kesimpulannya banyak yang dikatakan fakta tetapi sebenarnya 'kerabu'

Banyak dongeng dan fantasi dari realiti

Kem Azmin nafi artikel Raja Petra
Ikhwan Zulkaflee | January 23, 2014
Raja Petra cuba menggambarkan Azmin sebagai mangsa keadaan dalam usaha mengekalkan jawatan dalam parti.
PETALING JAYA: Kem Azmin Ali hari ini menafikan bahawa episod pengguguran beliau dari syarikat milik kerajaan negeri Selangor, PKNS, merupakan hasil kerja beliau sendiri.
Azmin didakwa berbuat demikian dalam usahanya untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR setelah terdapat ura-ura bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkemungkinan turut bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu.
Dakwaan tersebut dikeluarkan oleh Raja Petra Kamarudin dalam penulisannya yang bertajuk ‘Azmin Ali’s brilliant political move’ dalam laman Malaysia Today semalam.
Bagaimanapun, Setiausaha PKR Selangor Amiruddin Shaari berkata dakwaan itu hanyalah angan-angan Raja Petra sahaja.
“Mungkin Raja Petra ini banyak berangan. Saya rasa tak perlulah komen yang lebih sebab ini hanya angan-angan beliau sahaja.
“Kenapa perlu timbulkan pergaduhan, isunya jelas iaitu ada masalah yang harus ditangani dari segi prosedur (penyingkiran Azmin dari PKNS),” katanya apabila dihubungi hari ini.
Masalah komunikasi
Amiruddin, yang juga Adun Batu Caves, sebelum ini berkata isu ini timbul kerana terdapatnya masalah komunikasi, dan bukannya petanda bahawa ada percakaran di antara kedua-dua pemimpin PKR ini.
Sementara itu, Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham melabel dakwaan Raja Petra sebagai dakwaan yang gila.
“Saya tak boleh komen lebih lanjut sebab Azmin sendiri yang sepatutnya komen mengenai perkara ini,” katanya.
Azmin, bagaimanapun gagal dihubungi.
Sebelum ini, sumber terdekat Abdul Khalid berkata bahawa beliau tidak menunjukkan minat untuk bertanding dalam pemilihan PKR.
“Tan Sri tak ada beritahu nak bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan PKR nanti. Perkara ini (bertanding) tidak pernah beliau bincangkan,” kata sumber tersebut.
Turut baca:

1 comment:

  1. Banyak tulisan RPK sudah macam di beli puak DUMNO bukan seperti sebelum tahun tahun 2008 sejak lari hilang dari Malaysia bagai buat U Turn pulak

    Macam macam manusia sekarang ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa