Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 29, 2014

Politik Yang Sentiasa Membuka Ruang Dikritik Dan Dimaki!

Pada aku bukan saja nampak pelik
Tapi menyampah pun ada, marah pun ada
Menyampah sebab seolah menjadikan kepercayaan rakyat seumpama 'sampah'
Marah sebab banyak pihak yang akan susah kerana PRK
Kalau aku mengundi di sana, pastinya aku takkan keluar mengundi walau pun siapa yang bertanding!

Dari PM turun pangkat ke MB pula?
Zabidi Saidi| January 28, 2014

Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan.
PETALING JAYA: Pagi semalam pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan. Begitu juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid.
Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan. Petang semalam ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Jadi khabar-khabar angin Anwar akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kajang begitu kuat bertiup.
Pagi ini Khalid mengesahkan Anwar akan jadi calon PKR pada PRK Kajang nanti. Adakah PRK Kajang membazir? Sudah tentu bagi SPR membazir kerana ia terpaksa diadakan walaupun wakil rakyatnya tidak meninggal dunia.
Rakyat Kajang sudah tentu marah kepada PKR kerana menyusahkan mereka kerana mereka kena keluar mengundi semula selepas lapan bulan memilih wakil rakyat mereka. Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail PKR tidak boleh disalahkan kerana ia adalah jalan terbaik untuk meletakkan calon MB baru menggantikan Khalid.
Jika Khalid digantikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai Menteri Besar, sudah tentu Khalid tidak mahu. Maka jalan terbaik terpaksa menurunkan Anwar Ibrahim untuk meredakan pertelingahan di antara Khalid dengan Azmin.
Inilah akibatnya PKR tidak mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan. Jika PKR amal konsep ini, Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor yang sepatutnya jadi menteri besar dan bukannya Khalid Ibrahim.
Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid bijak mengurus negeri tetapi sebagai orang politik beliau gagal. Ini yang menimbulkan kemarahan para penyokong PKR. Khalid dikatakan boneka Elizabeth Wong di mana banyak projek pembangunan di Selangor Elizabeth yang cadang, Khalid terus setuju.
Menurut Syed Rosli lagi, kenapa marah kepada PKR terpaksa membazirkan wang rakyat untuk buat PRK Kajang sedangkan PKR mencontohi BN. Pada tahun 1997, BN sanggup mengadakan PRK Permatang untuk membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Jadi PKR meniru BN mengadakan PRK Kajang untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Soalnya, adakah rakyat Pulau Pinang boleh menjadi Menteri Besar Selangor?
Menurut ADUN Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam perlembagaan Selangor tidak mengatakan hanya rakyat Selangor sahaja yang layak jadi menteri besar.Soalnya, sanggupkah Sultan Selangor beri perkenan kepada Anwar Ibrahim sebagai menteri besar?
Jika Sultan Selangor tidak berkenan, maka krisis Selangor akan menjadi lebih buruk lagi. Atau mungkin Azmin Ali yang terpaksa dilantik sebagai menteri besar yang baru kerana beliau adalah anak Selangor.
Kesanggupan Anwar menjadi calon Menteri Besar Selangor turut dipersoal. Selama ini beliau mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, kenapa tiba-tiba beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor pula?
Adakah kerana cita-citanya nak jadi Perdana Menteri sudah tidak nampak jalan lagi? Majoriti rakyat tetap bersama BN maka Presiden Umno selama-lamanya akan menjadi perdana menteri maka peluang Anwar tidak akan menjadi kenyataan selama-lamanya.
Menyedari hakikat ini, maka baginya lebih baik menjadi Menteri Besar daripada menjadi Perdana Menteri yang mustahil sama sekali. Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah jadi Menteri Besar?
Atau adakah Anwar mengorbankan dirinya dengan menerima jawatan yang lebih rendah semata-mata untuk menyelamatkan PKR pada PRU ke 14? Beliau nampak jika krisis dalaman PKR tidak selesai maka Selangor akan jadi seperti Kedah. PAS Kedah tewas pada PRU ke 13 kerana perebutan kuasa sesama para pemimpin PAS.
Sama-samalah kita tunggu apabila Anwar menang nanti dalam PRK Kajang, beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak. Atau adakah Anwar akan mencatat sejarah sebagai orang luar yang pertama yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor? Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

3 comments:

  1. BUKAN KEMARUK KUASA ATAU GILA KUASA,
    CUMA NYANYUK SIKIT......
    DIPANDANG DARI SATU SUDUT LAIN IA SEOLAH ADA GRAND DESIGN.....

    NAK SURUH TS KI BERHENTI DIA POPULAR DIMATA RAKYAT, NAMPAK SANGAT TAKUT / SAYANG DENGAN AZMIN....

    SO JALAN TERBAIK JADI ADUN.... REBUT KERUSI MB
    so beberapa bulan kemudian DSAI didapati bersalah kes sodomy 2 - so kerusi MB GOES TO AZMIN atau lepas jadi MB declare sakit again kerusi MB gi kat Azmin.....
    Eh macam derama pulak,,,,
    Pompuan Zoo ri da pulak tu mulut tempayan warning PAS & DAP jangan sibuk kerusi MB mcm ayah dia punyaa.....
    HOI ZOO awak minoriti.... Sedar sikit awak tu minoriti.... Kalau DSAI BUAT KEJUTAN kalah!,,, tambah kecutlah PKR.

    ZOO patut masa begini kukuh dan eratkan setiakawan BUKAN JADI SAMSENG BETINA.....

    Ish ish ish PKR pun nak jadi Sarkis jugak, Nasib Sudin dah Aruah kalau tidak PKR apa dia nak kata .......

    ReplyDelete
  2. BUKAN KEMARUK KUASA ATAU GILA KUASA,
    CUMA NYANYUK SIKIT......
    DIPANDANG DARI SATU SUDUT LAIN IA SEOLAH ADA GRAND DESIGN.....

    NAK SURUH TS KI BERHENTI DIA POPULAR DIMATA RAKYAT, NAMPAK SANGAT TAKUT / SAYANG DENGAN AZMIN....

    SO JALAN TERBAIK JADI ADUN.... REBUT KERUSI MB
    so beberapa bulan kemudian DSAI didapati bersalah kes sodomy 2 - so kerusi MB GOES TO AZMIN atau lepas jadi MB declare sakit again kerusi MB gi kat Azmin.....
    Eh macam derama pulak,,,,
    Pompuan Zoo ri da pulak tu mulut tempayan warning PAS & DAP jangan sibuk kerusi MB mcm ayah dia punyaa.....
    HOI ZOO awak minoriti.... Sedar sikit awak tu minoriti.... Kalau DSAI BUAT KEJUTAN kalah!,,, tambah kecutlah PKR.

    ZOO patut masa begini kukuh dan eratkan setiakawan BUKAN JADI SAMSENG BETINA.....
    A
    Ish ish ish PKR pun nak jadi Sarkis jugak, Nasib Sudin dah Aruah kalau tidak PKR apa dia nak kata .......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa