Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 30, 2014

Mahathir Beritahu Kenapa Menteri Dan Pemimpin Anak Beranak Menjadi Kaya

Jadi tak heranlah sekarang ini majoriti menteri dan pemimpin serta anak bernak mereka menjadi kaya dan mewah
Pertama mereka memang kejar kekayaan
Kedua mereka seolah faraidkan kekayaan negara
"Berada dalam politik bukan untuk memperkayakan diri tetapi untuk membangunkan negara. Daripada pembangunan itu ada bahagian kita dan pihak lain pula mendapat bahagian mereka," - Mahathir

Walau pun Mahathir bercakap tentang pembahagian 'kek ekonomi' tetapi adakah rakyat mendapat bahagian yang adil?

Dr M: Kejar kekayaan, punca ahli politik tidak jalankan tugas
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
JANUARY 29, 2014
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyelar pemimpin yang mengejar kekayaan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar sebagai ahli politik.
Mantan perdana menteri itu turut mengingatkan pemimpin hari ini bahawa objektif menceburi bidang politik bukanlah untuk mencari kekayaan tetapi lebih memberikan fokus kepada pembangunan negara.
"Apabila kita miskin, kita biasanya bersatu-padu kerana diri perlu dipertahankan. Sekarang ini negara kita lebih kaya dari dahulu, masing-masing merebut kekayaan dan tidak tertumpu kepada tugas sebenar sebagai ahli politik.
Dr Mahathir berkata ada pemimpin yang mendapat kuasa pentadbiran tetapi menggunakannya demi kepentingan sendiri."Berada dalam politik bukan untuk memperkayakan diri tetapi untuk membangunkan negara. Daripada pembangunan itu ada bahagian kita dan pihak lain pula mendapat bahagian mereka," katanya ketika ditemubual Radio 24 Bernama petang tadi.
Katanya, landskap politik semasa berbeza seperti zaman sebelum kemerdekaan yang lebih menumpukan kepada usaha bersatu-padu di antara kaum.
"Ini menjadi masalah sekarang. Dahulu masa tidak menjadi wakil rakyat, masing-masing tumpu kepada bersatu-padu mencapai kemerdekaan tetapi selepas menjadi wakil rakyat, mereka tidak lagi menuju kepada pembangunan negara.
"Jika kuasa politik digunakan untuk diri sendiri, ini salah. Ini bukan tujuan politik sebenarnya. Politik adalah berkenaan pentadbiran dan cara memajukan negara," katanya.
Dalam wawancara selama 45 minit itu, Dr Mahathir turut mengulas isu pembatalan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura semasa era pemerintahan mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, keputusan Abdullah itu melambangkan kelemahan serta menunjukkan kerajaaan gagal meneruskan projek yang dapat memberikan keuntungan kepada rakyat.
"Ia mengurangkan keyakinan kepada pemerintah.
"Apabila pemerintah tidak dapat melaksanakan sesuatu perancangan yang dianggap menguntungkan rakyat maka pandangan rakyat adalah kerajaan lemah dan tidak berpegang kepada janji," katanya.
Dr Mahathir turut ditanya apakah jangkaan kemajuan yang diharapkan menjelang 2020, beliau berkata: "Kita mesti maju dalam semua bidang. Tahap pencapaian ilmu pengetahuan mestilah tinggi, industri, ekonomi dan sosio-budaya mestilah boleh dianggap progresif dan maju. – 29 Januari, 2014.

7 comments:

  1. hey mahathir...berani cakap berani tanggung...ahli politik mana yg kejar kekayaan tapi kurang bekerja...????..
    kalau setakat hujah kosong aku pon boleh...dengarlah hujah aku...kami anak muda alor star hilang kepercayaan terhadap mukris sbgai mb...ini disebabkan mukris semasa jadi businessman pon rugi...mcamana nk pimpin kedah maju...ntah ntah masih bisnes...mana tau tukar nama saja...amacam..??? tolonglah stop bercakap politik wahai mahathir..pergilah enjoy duit pencen..jgn ganggu politik malaysia lagi...

    ReplyDelete
  2. wahai mahathir perjelaskan kepada rakyat siapa menteri itu...???? boleh kami ajar mereka semasa pru nanti...ataupon ini memang kerja kamu mahathir..tak habis habis menipu...bersuara je menipu...bercakap je menipu...kerja kamu ni tak habis habis menipu...bila nak insaf..??

    ReplyDelete
  3. siapa mahathir ni..?? asyik asyik menipu...asyik nak gulingkan kerajaan saja...soalan untuk mahathir..apa yg dimaksudkan melayu diutamakan dikedah...tak nampak pon...??? sama saja dari merdeka sampai sekarang...adakah mukhris ni tengah belajar menjadi kaki temberang...???

    ReplyDelete
  4. siapa yg dimaksudkan diatas..?? setakat bagi komen menipu mukris pon boleh...sama ja dua beranak ni...bila ditanya last last jawap..saya hanya mendengar..ntah betul ntah tidak..lahanat punya manusia

    ReplyDelete
  5. jika ditanya pasti dinafikan...satu malaysia dah tahu perangai mamak ni..

    ReplyDelete
  6. jika benar mahathir bercakap untuk negara kenapa tidak dilaporkan kepada jawatankuasa disiplin untuk diambil tindakan...ini mesti nak jatuhkan najib dan naikkan mukris...boleh percaya ke mahathir tidak mengaut kekayaan...? aku tengok muka mukris pon aku dah jeng jeng jeng...nak sapu najib akan menghalang....jadi langkah pertama usir najib dahulu...

    ReplyDelete
  7. tanya tengok ....aku nak tau jugak siapa pemimpin yg dimaksudkan..siapakah gerangan jerung itu..?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa