Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 27, 2014

“Projek Huru-Hara Negara”: Kalau Berjaya, Sape Untung?

Inilah dia tektik Amerika dan Yahudi
Siapa susah, siapa mati dan siapa merana bukan persoalan
Yang penting keuntungan politik dan kuasa

Tengok projek WTC 9/11, berapa ramai rakyat yang dikorbankan?
Yang penting matlamat mengganyang negara Islam terlaksana 
Dan berapa juta pula orang Islam yang mati dan merana?

Siapa paling untung jika ‘Projek Huru-Hara Negara’ dari Putrajaya sekarang berjaya? - Zainulfaqar Yaacob
MI - JANUARY 27, 2014


“Versi rasmi” menyebut kekalahan teruk Perikatan yang kononnya diraikan oleh majoriti Cina selepas pilihan raya umum (PRU) 1969 digambarkan sebagai punca tercetusnya Tragedi 13 Mei.
Tetapi, pengkaji Dr Kua Kia Soong pernah berkata, itu kudeta pasukan Razak ke atas pentadbiran Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra.
Ini, antaranya berdasarkan catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969, selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan.
"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.
"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.
"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai – parang, kayu, batang besi dan botol...
"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar...
"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ... "
Kurang seminggu selepas peristiwa itu, Razak yang masih menjadi timbalan perdana menteri mempengerusikan Majlis Operasi Negara.
Razak diberi kuasa sepenuhnya mentadbir negara, sama seperti seorang perdana menteri.
Apabila Razak menjadi perdana menteri, pengkaji sejarah 13 Mei boleh melihat bahawa Razak paling untung dan tidak salah untuk khalayak percaya bahawa itu semua sebenarnya satu konspirasi untuk merampas kuasa (kudeta) sahaja.
Dr Mahathir Mohammad yang lantang mengkritik Tunku pun untung, selepas Razak menjadi perdana menteri.
Pembangkang menjadi mangsa. Rakyat, tidak kira Cina atau Melayu yang dibunuh sepanjang tempoh itu pun menjadi mangsa.
Sebab itu, apabila berlakunya satu-satu ketenangan dalaman, lihatlah siapa paling untung.
Dengan erti kata yang lebih mudah, pihak yang paling untung itu dalam beberapa percubaan penyokong Umno dan Perkasa di Pulau Pinang belakangan ini mungkin adalah konspirator, sama seperti Razak.
Itu, yang cuba disampaikan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, CheguBard (Pendiri SAMM), Faris Musa (Ketua Jingga 13) dan Zolkifly Md Lazim (Pengerusi Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang, HAPUS) serta beberapa NGO lain dalam perhimpunan “kandar kangkung” serta Turun 2.0 di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya, petang tadi.
Jika rakyat tahu hal sebenar ini, tidak susah untuk rakyat meneliti “Projek Huru-Hara Negara” yang sedang dirancang dari Putrajaya.
Tidak perlulah satu persatu diperjelaskan di sini. Khalayak boleh tahu, siapa paling untung jika “Projek Huru-Hara Negara” mengarak kepala lembu berdarah di Selangor sebelum ini berjaya kelak?
Siapa paling untung jika “Projek Huru-Hara Negara” menajamkan isu larangan bukan Islam daripada menyebut kalimah Allah berjaya kelak?
Siapa paling untung jika “Projek Huru-Hara Negara” dengan menajamkan isu larangan bukan Islam dilarang menyebut 14 perkataan termasuk Allah berjaya kelak?
Siapa paling untung jika “Projek Huru-Hara Negara” jika isu rampasan 300 Injil bahasa Melayu berjaya kelak?
Siapa paling untung jika “Projek Huru-Hara Negara” baru-baru ini mengancam aksi kreatif Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam replika muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya nanti?
Ada pihak menelah bahawa Umno dan Perkasa paling untung jika “Projek Huru-Hara Negara” ini berjaya.
Ada satu pihak lain pula bertanya, siapa paling untung di dalam Umno dan Perkasa sendiri jika “Projek Huru-Hara Negara” berjaya nanti?
Ini kerana, katanya, Umno dan Perkasa sendiri berpuak-puak sekarang.
Ada puak Najib. Ada puak Muhyiddin. Itu, tak dihitung lagi puak Mahathir dan Khairy Jamaluddin lagi yang kian berpengaruh, sekarang.
Saya kata, tentulah Najib dan isterinya yang paling untung kerana pasangan bahagia itu paling berkuasa di Putrajaya dan dalam Umno sendiri.
Seorang kenalan lain mencelah, Tunku pun berkuasa, tetapi Tragedi 13 Mei menunjukkan bahawa beliau paling rugi?
Lantas saya tanya, siapa paling untung jika “Projek Huru-Hara Negara” dari Putrajaya sekarang berjaya? – 27 Januari, 2014.
* Penulis adalah fotojurnalis Pulau Pinang dan merupakan ahli seumur hidup PAS bagi kawasan Batu Kawan.

1 comment:

  1. Hanya ada satu cara untuk menghadapi dan memadamkan Projek Huru Hara ini iaitu rakyat yang dumbakan kedamaian jangan ambil peduli telatah puak2 tersebut. Biarkan mereka memekik melolong dan membuat aksi2 lucah dan bangang seperti dirasuk hantu syaitan (sememangnya pun mereka sedang dirasuk iblis dan syaitan).Yang penting jangan rakyat membuat perkara2 dan aktiviti2 yang bersifat membantah/melawan mereka. Apabila ada Action tapi tak ada Reaction mereka pun akan mati pucuk dan lelah sendiri. Biarkan Lembu2 ini terjun dengan telor2nya sendiri!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa