Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Kisah Keluarga Muallaf: Beginikah Sikap Jais?

cerita ini dikatakan benar
Tapi sejauh mana kebenarannya bergantung kepada tuan empunya cerita - asal di sini
Saya ceduk cerita ini kerana baik untuk pembuka mata makhluk yang mengaku Islam dibumi Allah yang bernama Malaysia ini
Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!

Jais & Mais Di manakah Anda Bila Kami Memerlukan?
Dua hari lepas, dalam perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam, singgah sebentar di Masjid Negeri Shah Alam memandang azan baru sahaja berkumandang. Usai sahaja solat, hujan renyai-renyai sehingga lebat. Waktu itu kebetulan lapar, nampak seorang pakcik jual ais-krim di tepi pagar Masjid Negeri, singgah sebentar belikan aiskrim.

Sedang-sedang menunggu ais-krim disiapkan, hujan makin lebat, dentuman guruh semakin kuat. Nampak seorang lelaki india dan wanita india di tepi pagar, berdiri berdua di situ. Berseluar jeans, ber t-shirt bersahaja. Ana tanya..

“ buat apa sini bro? “

“ saya sedang tunggu teksi , mahu balik Padang Jawa “

Selepas perbualan kami dipanjangkan, dapat tahu saudara India tadi adalah seorang revert, wanita tadi adalah isterinya. Alhamdulillah bertambah saudara seIslam lagi.
Pada awal perbualan, saudara tadi memperkenalkan diri dengan nama Islamnya, Ariffin. Seorang lelaki berusia 25 tahun , berasal dari KL. Isterinya bernama Nadiah.

Terus ana mengajak mereka berdua menaiki kereta , ana tumpangkan terus dari Masjid tadi ke Padang Jawa. Dalam hujan makin lebat, kereta makin perlahan, ana bertanya padanya kenapa berada di masjid tadi

“ awak buat apa di situ tadi ? “

“ saya mahu jumpa itu Jais, saya sudah jumpa rumah, sekarang itu Jais kata mahu bayarkan sewa rumah kalau sudah jumpa “ sambil menunjukkan surat dari Jais 

“ sekarang rumah saya di Padang Jawa sana sudah duduk 5 bulan, akhir bulan ini saya kena keluar, itu owner India tidak mahu saya duduk situ “ 

“ eh kenapa? “ 

“ itu Jais kata mahu bayar sewa, tapi sampai hari ini sudah 5 bulan saya sendiri yang bayar sewa, rumah saya apa pun tiada. Kosong tiada apa-apa “

“ tadi awak ke Jais mereka kata apa “

“ saya ke Jais itu Tingkat satu tempat muallaf, mahu hantar itu form lagi, untuk minta bantuan, mereka kata dulu mahu bantu , sampai hari ini masih tiada jawapan , saya isteri semua nak makan susah “

“ saya masuk Islam sukarela , tiada siapa ajak mahu paksa, saya rela masuk. Ibu bapa saya tidak bagi saya tinggal dengan mereka, mereka kata saya sudah Islam tidak boleh campur “
“ sekarang rumah saya tinggal itu rumah orang India lama punya, itu Ustaz Jais kata jangan guna pinggan mangkuk sudu semua, mereka kata akan beri bantuan kecemasan pinggan mangkuk lain. Tapi sampai hari ini, satu bantuan pun belum dapat.

Saya rumah satu apa pun tiada, tilam apa semua tiada. Itu ustaz kata mahu datang pun langsung tidak datang “

Hati ana yang dengar ni makin panas membara. Dalam hati seperti seribu carutan sudah diucapkan.

Sambung ana

“ then awak makan hari-hari makan apa? “

“ saya dengan isteri makan roti sapu itu plantar kuning setiap hari. Itu ustaz kata suruh minta saya belajar agama. Saya suka belajar, tapi bila waktu itu ustaz suruh datang hari itu, hari ini, hari orang kerja, saya juga kena kerja, mahu belajar macam mana? Saya kenderaan pun tiada “

“ itu tuan rumah kata Jais mahu bayar, itu cek sewa bulanan sampai hari ini pun tidak dapat lagi, kami sendiri juga yang bayar “

“Itu ustaz tiada datang tolong ke? “

“ itu ustaz saya jumpa call semua selalu kata, “ ariffin, you usaha lagi, cari rumah lagi, usaha lagi kerja semua, nanti kami tolong “ “

“ saya ada jiran beri saya motor , motor lama masuk ladang, baru dua hari guna sudah enjin rosak, sekarang mahu duit lagi rm 250 nak repair semua “

“ saya makan pun tiada, nak bayar sewa rumah semua “

Sedar tidak sedar sedang berbual sambil isteri di sebelah, dan mereka berdua di seat belakang, kami telah tiba di rumah mereka ,apartment tingkat 11. Tiba di sana, Ariffin kata

“ saya punya isteri tidak boleh pakai tudung masuk rumah, ada kawan abang dia tinggal sini, nampak dia nampak ,.susah “

Terus isterinya buka tudung, kami terkejut, keIslaman mereka masih dirahsiakan walaupun 8 bulan sudah memeluk Islam! Allah AllahT_T” 

En. Arifin tadi mengajak ke rumahnya, bila tiba di rumahnya, ia…KOSONG! KOSONG ! KOSONG! Dari ruang tamu pintu masuk hingga ke dapur hanya dalam 6-7 langkah saja, ruang tamu kosong, bilik tidur kosong, tiada tv, tiada katil mahupun tilam bahkan peti sejuk dan dapur memasak pun tiada. Yang boleh nampak hanyalah tikar sejadah dihamparkan di dalam bilik mengarah ke kiblat.

Oh sayu nya!
Mereka tidur setiap hari bertilamkan lantai, mengalas perut dengan roti. Hey mana kamu semua yang bekerja di Pejabat Agama! Duduk dalam aircond semata? , ini SAUDARA ISLAM kamu yang minta pertolongan kamu buat apa? Pergi lah carik orang untuk dibantu, kami bayar zakat setiap tahun , zakat harta, fitrah , emas etc, kemana pergi semua wang zakat itu?

Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?
Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

Kebetulan hari ini 10 Januari, baru keluarkan duit untuk bayar duit kereta dan duit rumah. Terus ana capai duit itu, berikan semua pada mereka. Mereka orang Islam, mereka orang Malaysia kita, iya inilah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan se-negara. 

Dulu dengar cerita orang pusat zakat layan peminta zakat macam si*l. Hari ini nampak benar cerita itu didepan mata. Bila masuk ke parking mana-mana pusat zakat, kereta Perdana, BMW, Mercedes tersergam indah. Kaya benar kau dengan gaji bulanan? Rasa-rasa kerja itu berkat ke? Orang 8 bulan hidup tunggang langgang nak cari tempat tinggal, nak makan, ditinggalkan keluarga, pertolongan yang diberi hanyalah

“ bersabar dan usaha lagi “ ?

Rasa tidak berbaloi benar nak bayar zakat begini, tiada langsung kemajuan. Kami bayar zakat bukan untuk bayar gaji kalian, kami nak Islam agama kami ini mekar , menjadi tempat bantuan, tempat bergantung harap. Membantu ketika sukar.

10 hari dari sekarang, apakah yang akan terjadi pada en. Ariffin itu dan isterinya? Ditendang keluar oleh tuan rumah? Masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang? 

Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

2 comments:

  1. celaka nye jais @ mais..

    ReplyDelete
  2. Percaya tak percaya , memang sebegini berlaku.... Pejabat zakat semua melayu loaded kerja buta gaji cantik sebab duit zakat datang sendiri.

    Berbeda dengan misionary agama lain , baik kristian, buddha semua jauh bersatu perkembang agama mereka.

    Nak harap budak gomen zakat makan kangkung , otak kangkung....mana boleh berkembang agama Islam.

    Tengok saja opis opis zakat , budak budak lepak internet saja dan parking kereta penuhi untuk mereka saja.

    Biasalah ini....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa