Kalau ikhlas kerana kepentingan bersama sepatutnya perkara ini sedari dulu dah disedari
Perjanjian Malaysia perlu dilihat semula untuk jamin kebebasan beragama, kata menteri Sarawak
OLEH DESMOND DAVIDSON
JANUARY 21, 2014
Titah Sultan Kedah, yang kini merupakan Yang di-Pertuan Agong, bahawa beberapa perkataan termasuk Allah hanya eksklusif untuk Muslim adalah petanda "awan hitam mula menyelubungi”, kata menteri Sarawak yang lantang, Tan Sri Dr James Masing yang turut menuntut agar kajian mendalam dilakukan terhadap Perjanjian Malaysia.
Ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) itu berkata, penganut Kristian dalam negara semakin tertekan apabila penggunaan kalimah Allah cuba dijadikan eksklusif bagi umat Islam.
"Ada trend yang jelas," kata Menteri Pembangunan Tanah Sarawak itu kepada The Malaysian Insider, mengakui beliau turut khuatir dengan situasi tersebut.
Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, beberapa perkataan termasuk Allah, adalah hak eksklusif Muslim.
Baginda turut memetik fatwa pada 1986 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan penggunaan perkataan Arab Allah dan beberapa perkataan lain.
Titah Agong tersebut dibacakan dalam satu upacara penganugerahan anugerah negeri di Istana Anak Bukit di Alor Setar sempena ulangtahun ke-86 baginda.
Masing, yang turut membantah larangan Kristian menggunakan perkataan Allah di Sabah dan Sarawak dalam upacara keagamaan mereka, penerbitan keagamaan dan Bible berkata:"Kini adalah masa sesuai untuk Sabah, Sarawak dan Putrajaya melihat kembali Perjanjian Malaysia dan lihat apa yang sudah dipersetujui."
"Ia perlu dilakukan. Kita perlu melihat secara mendalam. Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah hak kebebasan beragama,” katanya.
Beliau berkata, semakan itu akan memastikan: "Kita tidak beralih daripada apa yang sudah dipersetujui."
"Kerajaan perlu bersetuju dalam perihal agama yang dipersetujui,” katanya.
Masing turut percaya Putrajaya yang mendesak penggunaan kalimah Allah eksklusif untuk Muslim.
Ketua PKR Sarawak Baru Bian turut bersetuju, bahawa titah Agong adalah cubaan Putrajaya untuk mengganggu rayuan gereja Katolik di Mahkamah Persekutuan bulan depan.
"Kerajaan meletakkan beban kepada mahkamah," kata Baru dan menambah Agong kebiasaannya dinasihati oleh kerajaan dan penasihat istananya dalam titah baginda.
Pemimpin pembangkang negeri itu berkata, beliau mengesyaki Putrajaya mempunyai tangan menasihati Agong dalam titahnya itu.
Baru turut mempersoalkan masa Agong bertitah, dengan berkata, beliau was-was bagaimana fatwa yang berusia 28 tahun dibawa kembali dalam isu kalimah Allah.
"Saya mengesyaki, ia kerja kerajaan atau penasihat istana yang pro kerajaan. Mereka yang merangka titah. Untuk tujuan apa, kita boleh persoalkan.
"Ia seperti cubaan untuk mengganggu kes yang akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Namun kami percaya Mahkamah Persekutuan tidak akan terganggu dan akan membuat keputusan berasaskan undang-undang, bukan emosi,” katanya.
Baru berkata, titah berkenaan lemah kerana jelas Agong tidak mempunyai bidang kuasa terhadap agama selain Islam di negara ini.
"Kebebasan beragama termaktub dalam Perlembagaan, Agong atau titah pemerintah negeri berkaitan agama, tidak boleh melangkaui Perlembagaan,” katanya.
Katanya, sejak mana-mana "fatwa" atau undang-undang agama dititahkan Agong, pentadbir negeri, kebangsaan atau majlis fatwa negeri tidak terpakai untuk bukan Islam.
Beliau berkata, isu Allah meletus kerana Umno memilih untuk mempolitikkannya.
Penggubal undang-undang independen Sarawak, George Lagong bagaimanapun berkata, isu itu seharusnya tidak diperdebatkan kerana ia masih dalam perbicaraan.
Ketegangan agama mula berlaku selepas Mahkamah Rayuan memutuskan perkataan Allah tidak dibenarkan untuk digunakan penerbitan Mingguan Herald.
Selain itu, rampasan Herald di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban di pejabat Persatuan Bible Malaysia turut mengeruhkan keadaan.
Umno Selangor juga baru-baru ini mengadakan kempen membantah Paderi Lawrence Andrew yang berkata gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah walaupun Sultan Selangor bertitah perkataan itu khusus untuk umat Islam.
Komuniti bukan Islam di Sabah dan Sarawak, terutamanya Kristian kini khuatir, titah Agong akan menghapuskan hak beragama mereka seperti dijamin dalam Perjanjian Malaysia 1963. – 21 Januari, 2014.
Buat lagi! Umno,Apa sudah jadi? Itulah kamu cuba gunakan agama sebagai modal politik, sekarang terimalah padahnya.Awak akan hilang deposit tetap lepas ni apabila non-muslim di Sarawak dan Sabah tak mau lagi ikut telunjuk awak. Kan Tuan2 Guru dan ulamak2 yang sebenar dah kata Allah tu Tuhan sekalian makhluk... manusia, malaikat, jin. syaitan, hantu, kambing, lembu, pokok, bintang2, planet2 bukan terhad untuk orang melayu umno saja.
ReplyDelete