Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Petisyen Penceraian: Kenyataan YB Izzah Dan Suami

'Kami gigih berusaha pastikan kelangsungan perkahwinan ini'
Pasangan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim berkata mereka amat sedih dengan "cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini".

"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata pasangan itu dalam satu kenyataan petang ini.

Ia sebagai reaksi kepada spekulasi meluas bahawa ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah.

Menurut Star Online, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir bulan lalu.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata mereka dalam kenyataan tiga perenggan itu.

Nurul Izzah dilapor fail penceraian


Sebalik dakwaan tuntutan fasakh, Nurul Izzah, suami pastikan kelangsungan perkahwinan

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim melahirkan kekesalan dengan cubaan dan gangguan terhadap pasangan suami isteri itu yang menyentuh perkara peribadi mereka. 

Pasangan itu menjelaskan mereka kini gigih berusaha bagi memastikan kelangsungan mahligai perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 itu.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan dan kami memohon semua pihak memberikan ruang peribadi pada waktu ini.

“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star, milik MCA, hari ini mendedahkan Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan fasakhnya esok.

Pasangan tersebut dipercayai telah dinasihatkan ahli keluarga mereka untuk berdamai setelah berita tuntutan fasakhnya pada Disember lalu tersebar di media hari ini.

Dalam laman Twitternya, Nurul Izzah pada jam 2 petang tadi, beliau menafikan berita itu namun hasil carian The Star di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan wujud kes tuntutan di antara pasangan itu.

Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.

Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei, 2003.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Tahun lalu, negara kecoh apabila video klip menyerupai Nurul Izzah sedang melakukan seks oral dengan pensyarahnya tersebar.

Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan di blognya menyelar pensyarah berkenaan kerana mengambil kesempatan terhadap anak perempuannya.

Namun, kenyataan itu dinafikan Wan Azizah yang kemudiannya Ibu Pejabat PKR mendakwa blog berkenaan telah digodam. – 23 Januari, 2014. - sumber

1 comment:

  1. Swktu pemilihan PAS tempoh hari utusex dan tv3/4 memehak sehati sejiwa dgn si lebai2 ulamak fakeh yg suci lagi mulia..

    kini giliran Azmin dan konco2nya pula mnjd favourate kesayangn mrk,,

    Coba selami tulisan Raja Petra Kamarudin/RPK ddlm Malaysia Today yg bertajuk..Azmin's brilliant move

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa