Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Dulu-Dulu Lanun Hanya Di Laut, Sekarang.......

Permodenan zaman dan kecanggihan tektik
Yang ini melanun di Lebuhraya
Dan paling canggih adalah memperbodohkan rakyat dan melanun melalui kuasa politik!

3 kereta kepung kontena
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Petaling Jaya: Sekumpulan empat lelaki yang menaiki tiga kereta sempat menghalang sebuah lori kontena membawa muatan cakera keras bernilai RM4.2 juta sebelum melarikan bahan itu dalam kejadian di Lebuh raya Damansara Puchong (LDP), di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, kumpulan terbabit dipercayai turut mengancam dua pengawal keselamatan yang mengiringi kontena berkenaan dengan parang sebelum melakukan rompakan itu.
Menurut sumber, kumpulan yang bersenjatakan parang itu dipercayai sudah merancang rompakan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
“Modus operandi mereka mudah, namun terancang.
Mereka hanya menggunakan sebuah kereta menghadang lori kontena...dua lagi (kereta) menghalang kenderaan pengawal keselamatan di hadapan sebelum melakukan rompakan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua kenderaan digunakan perompak terbabit dipercayai kereta curi.
Sumber itu berkata, ketika kejadian, lori kontena berkenaan dilapor baru meninggalkan kilangnya di Sungai Way dengan muatan cakera keras untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi dieksport.
“Ketika dalam perjalanan iaitu di LDP, sebuah kereta BMW tiba-tiba menghalang kontena berkenaan menyebabkan pemandunya terpaksa berhenti.
“Dua lagi kereta Proton Waja dan Hyundai Sonata pula dilapor menghalang kenderaan dinaiki dua pengawal keselamatan yang mengiringi lori kontena itu,” katanya.
Katanya, semua empat lelaki bersenjatakan parang itu kemudian meluru ke arah pemandu kontena berkenaan dan pengawal keselamatan terbabit.
“Pemandu lori berusia lewat 30-an yang menyedari dirinya dalam bahaya bertindak meninggalkan kenderaan itu sebelum tiba-tiba diserang sakit jantung,” katanya.
Menurutnya, dua daripada lelaki itu kemudian masuk ke dalam lori kontena berkenaan sebelum melarikannya.
“Dua lagi lelaki melarikan diri menggunakan kereta jenis BMW dan meninggalkan kereta Proton Waja dan Hyundai Sonata di lokasi kejadian.

“Sehingga kini, semua lelaki itu masih belum ditahan namun usaha memburu mereka sedang giat dijalankan,” katanya.
Katanya, pemandu lori kontena yang terkejut dengan insiden menimpanya itu dilapor mengalami serangan jantung dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa