Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Sah Nurul mohon cerai

Cuma diharapkan tidak ada yang punya hati busuk dan haprak melakarkan fitnah merintis jalan sendiri ke neraka!

Semakan di mahkamah sah Nurul mohon cerai
6:43PM Jan 23, 2014
Semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.   
 
Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.
    
Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
    
Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
    
Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.
    
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.

- sumber

Nurul Izzah dilapor fail penceraian

'Kami gigih berusaha pastikan kelangsungan perkahwinan ini'


# Belum apa dah ada syaitan yang menjengok!

1 comment:

  1. Dgn apa cara sekalipun lebih baik diselamatkan rumah tangga drp perceraian. Dlm kehidupan suami isteri mestilah banyak bersabar. Fikirkan juga kesan emosi anak-anak serta keluarga dan yg lebih utama elakkan drp menggegarkan tiang arasyi, kelak merana jiwa dan badan. Didoakan agar rumah tangga ini dapat dipertahankan dan mendapat berkat dariNya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa