Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Memang Patut Pun Kemaluannya 'Dilebukan'!

Kalau pun memang polis yang buat
Dan sekiranya ada bukti yang nyata
Pada aku, aku tak marah polis
Dahlah merogol, memeras ugut pulak!

Kertas siasatan tahanan dakwa didera polis dihantar ke Bkt Aman

Tuduhan seorang lelaki bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap dakwaan dia mengalami kecederaan teruk di kemaluan akibat didera semasa dalam tahanan polis Kubang Pasu pada Disember lepas adalah tidak benar.
    
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamed Yusoff berkata kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Siasatan dan Perundangan Polis Bukit Aman, Sabtu lepas.
    
Lelaki berumur 33 tahun itu ditahan reman dalam lokap Polis Daerah Kubang Pasu (IPD) pada 9 Disember lepas bagi membantu siasatan satu kes rogol seorang gadis 16 tahun yang mendakwa dibelasah dan kemaluannya didera.
    
"Saya ingin menegaskan polis mengambil tindakan mengikut prosedur. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, " kata Ibrahim kepada pemberita di Jitra hari ini.
    
Katanya Bahagian Siasatan dan Perundangan Bukit Aman akan mengemukakan kes itu kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
    
Menurut Ibrahim, isteri lelaki itu membuat laporan di IPD Kubang Pasu pada 12 Disember lepas selepas melawat suaminya di lokap dengan mendakwa suaminya dipukul di bahagian perut, bahu serta ditampar anggota polis yang membuat siasatan.
    
Pegawai penyiasat polis yang memeriksa lelaki itu mendapati tiada kesan dipukul pada badannya namun polis membawanya ke hospital untuk diperiksa dan
disahkan tiada kesan pukul pada badan lelaki itu, kata Ibrahim.
    
Pada 31 Disember tahun lepas, akhbar melaporkan seorang lelaki mendakwa cedera di bahagian kemaluan dan dijangkiti kuman akibat dibelasah semasa dalam tahanan.
    
Suspek yang tinggal di Sungai Korok, Jitra bersama dua rakannya dikatakan melarikan seorang gadis yang berjalan ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Tunku Maheran di sini pada 7.50 pagi 9 Disember lepas.
    
Mangsa dibawa menaiki sebuah kenderaan jenis Suzuki ke satu tempat di Jitra sebelum dirogol bergilir-gilir manakala keluarganya diugut membayar RM50,000 supaya gambar gadis itu dirogol tidak diedarkan.
    
Bagaimanapun, dua lagi suspek masih bebas. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa