Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Mengaibkan!

Satu isu yang tidak sepatutnya timbul di negeri dengan jolokan 'Serambi Mekah' dan 'Bandaraya Islam'
Bukankah perkara ini adalah satu isu yang besar bagi agama Islam?
Tapi rata-rata Melayu Islam abaikan
Kenapa?

Saya tahu yang laporan ini benar kerana saya tinggal dan membesar di Kota Bharu
Laporan ini bukan nak memburukkan Orang Kelantan
Tapi itulah hakikatnya

Sebenarnya sejak saya remaja lagi saya memang tak masuk dan tak makan kat sini
Dulu dinamakan Pasar Besar Kota Bharu di bangunan lama jalan Temenggong
Setelah berpindah ke bangunan baru di belakang Balai Besar di namakan pula Pasar Siti Khadijah 
Jadi secara langsungnya keadaan ini seolah menjatuhkan moral pada nama Siti Khadijah, isteri kesayangan Rasulallah
Adakah mereka sedar?

90% premis makanan pasar Siti Khadijah kotor
22 Januari 2014

KOTA BHARU - Sebahagian besar peniaga di Pasar Siti Khadijah masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai kebersihan premis mereka, demikian menurut Jabatan Kesihatan Kelantan.  

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata 90 peratus premis makanan di pasar berkenaan dikategori kotor berdasarkan hasil penilaian tahap kebersihan yang dilakukan jabatan itu.

"Sikap mereka mungkin akan mencalarkan imej negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) kerana negeri ini menjadi satu daripada tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara.

"Kami kategorikan tahap kebersihan di sini sebagai Gred B ke bawah dan peniaga harus memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas Ops Penggredan premis makanan di pasar itu, di sini hari ini.

Ahmad Razin berkata peniaga seharusnya mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka untuk menjaga premis masing-masing agar sentiasa bersih dan selamat.

"Jangan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja. Kebersihan premis adalah tanggungjawab peniaga jadi mereka harus bertanggungjawab terhadap kebersihan premis masing-masing," tegasnya.

Dalam operasi itu, Dr Ahmad Razin berkata sebanyak 49 daripada 84 premis makanan di pasar berkenaan diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup hari ini mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Lima lagi peniaga premis makanan dikompaun kerana tidak bersih," katanya yang memaklumkan operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan premis makanan di negeri itu berada pada tahap memuaskan. - sumber

1 comment:

  1. gagal menghayati ajaran Islam dalam soal kebersihan ramai lagi merata tempat boleh dijumpai dengan mudah
    Islam terbaik umatnya nya yang lalai

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa