Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Ini Andaian Atau Fitnah?

Kalau sesuatu perkara atau berita atau isu yang keluar dari mulut pemimpin UMNO yang sinonim dengan busuknya itu mesti ditapis dan perlu difikirkan betul-betul
Bila seorang dari golongan yang suka sebar fitnah berkata-kata
Pada kebiasaaannya bukan untuk kebaikan tetapi bertujuan kemusnahan
Fikir-fikirlah..........

Khalid bimbang Azmin jadi presiden PKR
Muda Mohd. Noor  | January 23, 2014
Pemimpin Umno pula dakwa Khalid curiga dengan keakraban Azmin dengan pengurus besar PKNS, Othman Omar.
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Azmin Ali kerana menyedari timbalan presiden PKR itu berpotensi menjadi presiden parti dalam pemilihan parti April depan.
“JIka Azmin menjadi presiden (PKR), Khalid akan tergugat, karier politik Khalid termasuk jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya mungkin berakhir.
“Jika itu berlaku, Khalid akan menerima tergugat,” kata timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Syukor Idrus.
Adun Kuang itu menganggap Khalid curiga dengan keakraban Azmin dengan pengurus besar PKNS, Othman Omar.
Menurutnya, barangkali Khalid berpendapat beberapa tindakan Othman berdasarkan hubungan baiknya dengan Azmin.
“Sebab itu Khalid pindahkan Othman,” dakwa Syukor lagi.
Adun Umno itu turut mendakwa, cita-cita Azmin untuk menjadi menteri besar Selangor masih belum padam terutama sejak dilantik menjadi pengerusi PKR negeri.
Bagaimanapun, dakwa Syukor,  Adun-Adun DAP tidak setuju menyebabkan cita-cita Azmin belum menjadi kenyataan.
“Tetapi ini tidak bermakna, Azmin tidak mahu menjadi menteri besar Selangor lagi,” tambahnya.
Menurutnya, yang menjadi mangsa sekarang  Othman dan penjawat awam dan  sekaligus menyebabkan matlamat penubuhan PKNS tersasar jauh.
Rakyat Selangor, katanya bimbang dengan kemelut kepimpinan PKR itu menyebabkan PKNS gagal menjaga kepentingan rakyat negeri dan orang Melayu khususnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa