Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 24, 2014

Belilah Harga Berapa Juta Pun....Peduli Apa Aku!

Sultan Johor beli nombor plat W1N RM748,000
JANUARY 24, 2014

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) berjaya membida nombor plat W1N dengan harga RM748,000.
Akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times, melaporkan Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak keberatan membayar jumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya.
Sultan Ibrahim bertitah, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.
"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titahnya, dipetik daripada akhbar berkenaan.
Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu mengikut prosedur yang betul.
"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah 'the best man wins'," katanya.
Semalam, pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan bahawa Sultan Johor membelanjakan RM174,000 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.
"DYMMM Sultan Ibrahim sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," kata Sanjeevan. – 24 Januari, 2014. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa