Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Gimik Melampau: 'Allah' Jadi Bertambah Serius?

Kristian Sabah bekerjasama halang diislamkan
JANUARY 23, 2014
OLEH TRINNA LEONG
Kumpulan Kristian yang mewakili pelbagai kelompok dominasi di Sabah kini bekerjasama dalam kempen persaingan agama susulan beberapa cubaan untuk mengislamkan mereka.
Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan keluar selama enam bulan untuk berkumpul bersama Kristian pribumi untuk bersatu menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan penggunaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.
"Kita mahu PM cakap sesuatu. Beliau bukan PM Melayu sahaja, tetapi PM semua orang," kata Pengerusi PAN, Esther Golingi kepada The Malaysian Insider.
PAN mengambil semangat Kadazan Dusun Murut lama ketika perang, Mamangkis yang digunakan oleh nenek moyang mereka untuk menghimpunkan pahlawan untuk berperang.
Golingi bagaimanapun berkata, seruan sekarang adalah dalam bentuk konteks sebagai Kristian seruan untuk bangkit semula.
PAN akan mengadakan mamangkis di Ranau pada Jumaat ini sebagai sebahagian daripada program mereka dengan sasaran ratusan Kristian akan turut serta. - 23 Januari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa